Monday, May 19, 2008

Nasi Goreng Cenderawasih

Ni breakfast pagi Sabtu baru ni..permintaan hubby yang baru balik dari Tioman, katanya lama dah tak pekena nasi goreng ummi hehe...layaannn..Special untuk hubby, nasi goreng ni..

Bahan:-
3 mangkuk nasi putih
4 biji cili merah - tumbuk kasar
5 ulas bawang putih - ketuk
1 labu bawang besar - hiris2
10 ekor udang sederhana besar
50 gm snap peas
6 batang baby corn - kerat halus
1 pokok sayur sawi kerinting (sawi bese pun boleh)
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos tiram
2 biji telur - pukul sikit
garam secukup rasa
Cara Memasak:-
Dalam non-stick frying pan, panaskan minyak (ummi guna myk zaitun) dan goreng telur buat scramble egg. Angkat & ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang besar, bawang putih dan cili merah. Kacau 2-3 minit. Masukkan udang dan baby corn, snap peas, kacau sebati dan masukkan sos tiram dan kicap cair. Masukkan nasi dan goreng selama 5-8 minit dan masukkan garam secukup rasa. Masukkan scramble egg, kacau rata. Masukkan sawi dan kacau sehingga agak-agak layu sahaja. Tutup api dan hidangkan.

1 comment:

  1. ummi nasi gorengnya tampak lezat...:D..delish and inviting...!!

    ReplyDelete