Emmm..patin lagik!! hehe...memang kat rumah ni suka sangat ikan patin..Ari tu hubby beli patin 2 ekor sedang..seekor masak gulai tempoyak, seekor lagi ni la dia...Bila dah boring masak berkuah tempoyak gitu..ummi selalu bakar je..sedap..Buat ni kelmarin, Aiman kata rasa macam ayam pulak ikan ni bila dibakar, hish! dia suh buat lagi..hehe..melayan anak tekak budak2 kat rumah ni..
Tapi sambal asamnya ummi cilok dari Mat Gebu, xpa ya Mat ..kena sangat laaa...selera weh!!
Bahan:-
1 ekor ikan patin - ikan dikerat 4/5, cuci bersih2 dengan garam dan limau
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
sedikit serbuk kunyit
garam
Gaul ikan dengan serbuk lada hitam, garam dan serbuk kunyit. Ikan dibakar hingga benar2 masak.
Air Asam:-
1 inci belacan, bakar
1 batang cili merah
10 biji cili padi
2 biji bawang merah kecil
3 camca besar perahan air asam jawa (sebesar ibu jari)
3 biji limau kasturi (ummi guna limau nipis)
sedikit garam
sedikit gula
Cara Menyedia:-
Tumbuk cili merah, cili padi, garam dan belacan. Bila separuh lumat, masukkan bawang merah dan terus tumbuk lagi hingga agak lumat. Masukkan jus asam jawa dan seimbangkan rasa dengan gula. Perah jus limau mengikut selera masamnya. Gaul rata dan rasa ikut tekak masing-masing. Biar ada rasa masam, manis, pedas dan masin dalam sambal ini.
ikan patinnn bakar, I love it. especailly with sambal tempoyak.
ReplyDeleteSelamat berhari Jumaat Ummi,
ReplyDeletesemua sedap sedap,ya Allah tak tahan dyg menengok nyer! nyaman bah!
Pepy - ooh! u know this kind of fish, really? Great with sambal tempoyak, yeap!!! hehe
ReplyDeleteDayang - Tak tahan kena buat lah..dayang makan ke ikan patin? :))
ikan patin bakar tempoyak..tryla..mmg awesome gilerr
ReplyDelete