Sunday, March 30, 2008

Ayam Nyonya

Menu tengahari Jumaat kelmarin..x sempat nk posting ari tu..resepi dari rumah Jun...tk Jun ek..sedap ayam, my kids suka banget!!

Bahan:-
400 gm ayam
1 biji bawang besar - potong baji
daun kari
4 biji cili padi - diketuk sikit
minyak untuk menggoreng

Bahan perap :-
* 1 batang serai
* 5 cm kunyit hidup
* 1 ulas bawang putih
* 1 biji bawang merah
* sedikit lengkuas (* - kisar dulu semuanya)
1 sudu besar tepung jagung
1 biji telor

Bahan perasa:-
1 sudu besar sos plum
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato

Cara Memasak:-
Ayam dibersihkan dan keringkan dengan paper towel. Gaul dengan bahan kisar, masukkan telor dan tepung jagung dan perap selama 15 minit. Kemudian panaskan minyak dan goreng ayam hingga kekuningan. Angkat. Panaskan lagi sedikit minyak, tumis bawang besar, cili api dan daun kari hingga wangi. Masukkan ayam dan bahan perasa. Masak atas api besar, gaul rata dan angkat. Hidangkan.

No comments:

Post a Comment