Bahan:-
3 ekor sotong besar (kerat 1 in, gaul garam+tepung jagung, goreng sekejap)
1 inci halia - tumbuk sikit
2 ulas bawang putih - tumbuk kasar/racik
2 sudu besar cili kering/cili hidup kisar
3 sudu besar cili sos
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1 labu bawang besar - potong bulat
1/2 biji tomato - potong dadu
sedikit nenas - hiris nipis
Cara Menyedia:
Tumis bawang putih dan halia hingga kekuningan. Masukkan cili kisar, kacau. Masukkan semua sos, garam dan gula. Kacau sekejap. Masukkan sotong, bawang besar, nenas dan tomato. Kacau rata sekejap sahaja. Angkat.
sotong memang kena cepat masak...lama2 sangat jadi liat but in my house only sotong goreng tepung yang laku....
ReplyDeleteZai, memang sotong celup tepung laku gak kat rmh, tp sedap makan bila petang-petang kan..Dah malam kena jadikan lauk dinner hehe..sesekali tukar sotong, selalu tu wat ikan sweet sour je kan? But this one also nice n yummy!
ReplyDeleteHow's ur kitchen reno progress..? Mst x sabar nak masak kat dapur baru kan..