Ummi sempat wat kek ni malam semalam, cuma x sempat nk posting, dah malam sangat, kek pun panas lagi..Resepi dari Saji..sempoii sangat!
Bahan:-
200 gm butter
200 gm gula
420 gm tepung naik sendiri
3 biji telor
1 sudu kecil esen vanila
Sedikit serbuk koko
sedikit pewarna merah (atau pewarna pilihan)
Cara:
Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telor satu persatu dan pukul lagi hingga sebati. Masukkan esen vanila dan tepung sedikit demi sedikit dan pukul sebati. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Satu diwarnakan merah, satu dikacau dengan serbuk koko dan satu lagi dibiarkan plain aje. Griskan loyang/alas baking sheet dan tuang adunan berselang seli atau ikut kreativiti masing2. Ummi just letak sekaligus je..nak cepat memanjang..x rajin lah ni..hehe..
Kak Ummi,
ReplyDeleteTepung naik sendiri tu sama ke dengan our All-Purpose Flour???
Cath,
ReplyDeleteNo, no..it's different, tepung naik sendiri is self-raising flour khas untuk buat kek sahaja without using baking powder or soda bic. All purpose flour tu tepung gandum/tepung serbaguna..kalu nak wat kek ke, kna tambah lak baking powder n soda bic...
za kan..lamaaaa sgt tak buat kek marble ni..ummi respi ni lembut & gebu tak??
ReplyDeleteza, kak pun lama x buat kek ni, so saja try respi ni, nak kata lembut sgt kena try le..sb xda ovalet kot..kalu tambah lagi lembut rasanya..n this one not so moist..ok lah untuk kek sempoii..hehe..senang sgt bahannya tu pun..anak2 ummi bantai je sume..ahaks!! Nk gebu kena tanya rahsia dengan Cik Mat kita :D(*betul kan Mat..)
ReplyDeleteTapi choc sour cream cake yang kak pernah wat b4, memang best!! That one recommended..