Thursday, December 13, 2007

Pajeri Terung My Version


Ni mmg favourite ummi...Dah lama nak buat, asyik tertunda jek! Semalam nmpak terung kat pasar malam cantik2 je..so terus tekad nak buat jugak hari ni..Ummi ingat lagi, first time I learnt cooking this pajeri when I was 16. My mother stood beside me and she told me the step one by one..hehe...N i was so happy when my father said it was tasty n delicious! Tak percaya dia, bila mak kata ummi yang masak...Here's the recepi..

Bahan:-
3 biji terung panjang - belah 4 di tengah (jgan putus kedua2 hujung)
1 1/2 santan pekat ] bancuh bersama
1 paket rempah kari daging ]
1 cawan santan cair
3 ulas bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
2 cm kulit kayu manis -
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
1 sudu besar udang kering
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu besar cili kisar (optional)
2 sudu besar kerisik
3 sudu besar gula
garam

Cara Membuat:
Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, kulit kayu manis, lawang dan cengkih hingga naik bau. Masukkan bancuhan santan pekat dengan rempah dan cili kisar. Perlahankan api dan kacau selalu hingga pecah minyak. Masukkan udang kering, serbuk ketumbar, kerisik dan gula. Masukkan terung, kacau lagi. Masukkan santan cair dan garam. Masak hingga pekat. (*jangan biarkan terung terlalu lembik).

No comments:

Post a Comment