Assalamualaikum...apa khabar?
Seminggu lebih blog x berasap kan...tuan tanah bendang macam bz sesangat la konon...hehe. Eh bz, memang bz la ni...hehe. Weekdays kerja, weekend masuk kelas...hahaha. Kenal kan siapa Chef di atas, tengoklah lagak ngeri seorang Chef, hehehe (*ampuunn Chef kalau Chef baca ni, hehe). Alhamdulillah, hari Sabtu (6 April) baru-baru ni akak telah menempatkan diri untuk mengikuti Kelas Kek Komersil bersama Chef Amer yang awesome....kelakar bagai nak rak kelas dibuatnya... Siapa yang kenal dan pernah masuk kelas Chef ni mesti tau la macamana ceria dan terhiburnya kelas...dalam lawak jenaka ilmu, tips, panduan dan rahsia dicurah... Gambar di atas, adalah posing sambil bercerita tentang pengalaman yang dikutip sepanjang 21 tahun lebih dalam dunia coklat di merata-rata negara yang dipelajarinya. Ternganga kejap kami dibuatnya...
Kelas ini telah dianjurkan oleh tuan punya bengkel bakeri, Zati D'Hati (Amaruszati) yang memang terkenal di sekitar Pahang ni. Zati memulakan dengan sedikit ucapan dan terima kasih kepada yang sudi hadir. Tanpa disangka, kehadiran mencapai 42 orang hari tu. Peserta datang dari pelbagai negeri dan daerah spt Cukai, Kemaman, Dungun, Muar, KL pun ada kalau x silap, selain dari pelbagai daerah di Pahang.
Sesi mengadun kek semua kita terlepas nak ambil gambar dan ini adalah kek pertama yang didemo iaitu Boston Cheesecake. Chef pesan, kalau nak buat kek, hati kena ceria, mulut kena ramah tamah bercakap, mulakan dengan Bismillah dan adun kek dengan penuh kasih sayang....waaa gituuuu.. Tentang ilmu yang diberikan itu terlalu banyak yang dikongsikan oleh Chef. Antaranya tentang mentega, marjerin, sebatian mentega, lepa susu, creamcheese, gelatin, jelly, agar-agar, whipping cream, fresh cream, , tips baking, kedudukan dalam oven, penggunaan oven, bahan-bahan dan tips/cara melepa kek dan deko... MasyaAllah banyak betul yang kita faham sebelum ini adalah berlainan dari kaedah sebenarnya... Seronok sungguh bila belajar dengan yang pakar nih!
Chef serius memberi tips dan menjawab soalan-soalan yang dikemukakan. Sempat jugak tu snap foto...hehe.
Adeeehh kelas mmg gempak, siap mengadun, pakat nak rasa adunan cheese tu, haa Chef nak baling spatula tu...hahahhaa.. Pakat-pakat colek la nak merasa...macam anak2 kat rumah lak, kalau wat kek ke, sibuk nak mencolek merasa...Chef Amer layan segala. Pengenalan kepada jenis-jenis kek dan teknik pembuatan kek, penggunaan bahan, loyang dan apa yang dikatakan kek komersil itu turut dikongsi...
Tengoklah, peminat ambik peluang mintak sign atas buku resepi yang diedarkan... Hidangan pagi juga disediakan dengan kuih2 dan tengahari dengan kari kambing, siakap sweet sour, sayur kailan dan sambal belacan terhidang. Sementara tu pakat2 posing jugak laaa... Kelas bersambung semula jam 2.30 petang selepas makan dan solat zohor. Chef, lepas pekena kari kambing mulalah banyak terlupa dan tersasul eh...haha
Cara memotong kek dan tekniknya juga....pakat-pakat cuba, ada yang pakat-pakat tengok jer...hehe. Kenal x siapa yang bertudung kelabu nih....blogger lama jugak ni, cuma dah kurang aktif... Aishah (ummiaqil).. Dia ni dah terer buat kek, siap ambik tempahan lagi...bekas pelajar deko Zati jugak ni... Sebenarnya x sangka dan x tahu pun Aishah akan masuk kelas ni...dah jodoh nak jumpa Aishah di sini....
Peserta kusyuk menulis nota, mencuba dan menolong...akak tolong tengok jer...penuh dah duk berkerumun kat depan tu haa...hehe. Chef Amer ni kelakor sungguh, ada ke dia kata, American Choc Cake tu asalnya kek dia...hahaha ya lah, nama Amer kan...sambung je la nama tu...haha. Lawak2 jugak, tp Chef mmg tegas, sekali dia jerkah suh siapkan cepat kek2 sume, pakat-pakat ketaqq tangan...hahaa..
Antara lagak ngeri seorang Chef....sekejap jer melepa, menghias segala...kalau kita mahu 2 jam nak siapkan....
Inilah 4 jenis kek yang dipelajari.... Chilled Oreo Cheesecake, German Black Forest Cake, Boston Cheesecake dan Chocolate Perfection Torte (kata Chef, kek ni kira abang kepada Chocolate Indulgence Cake..hehe). Dalam banyak2 kek ni, Chocolate Perfection Torte ni lah yang mencabar sikit nak buatnya...step banyak sikit...Tetapi setelah melihat dan berbekalkan semangat dan konfiden yang Chef beri, x susah mana...pasti boleh!! InsyaAllah... ^___^
Sume kerja Chef yang buat, anak murid sibuk duk fokus mata, ambil gambar, rakam video jer...hahahhaa... Yang susah2 tu, suruh Chef je la siapkan.. Lagi pelbagai teknik dan gaya Chef tersohor...aduhaaaiii...
Aishah (rakan blogger) dan kak Siti Absah (rakan FB) turut ambil kesempatan posing dengan Chef...hehe. Tak sangka jumpa kak Siti jugak di sini...sume ni yang dah terer wat kek dan siap ambik tempahan lagik...Akak bila lagi eh...Fuuhhh, ambik semangat depa nih...Ya Allah, engkau permudahkanlah hari-hari ku... Tapi betullah, balik je kelas Chef Amer hari sabtu tu, pagi ahad dah ada yang nak tempah kek untuk tunang anak dia....aiihh, mcm bagi semangat dan cabaran jek nih....haha.. Kita x bagi kata putus lagik al maklum kita ni kerja...tp tempahan tu tak lah banyak mana....boleh kooottt...insyaAllah.
Akhir kata, terima kasih kepada Zati atas penganjuran Kelas Kek Inspirasi ini...lenkali jangan lupakan akak yea dan penghargaan tidak terhingga kepada Chef Amer yang sudi turun ke Kuantan dan sudi mempelawa akak untuk mengikut kelas beliau seterusnya...insyaAllah Chef. Saya doakan Chef sentiasa sihat walafiat dan dipermudahkan dalam segala urusan perkongsian ilmu di masa2 akan datang hendaknya....Ameen. Jazakallah!
Semoga ilmu ini memberi manfaat buat mereka yang telah mengikutinya dan membuka jalan untuk lebih banyak peluang menambah rezeki...insyaAllah..Setakat ini yang sempat akak kongsikan pengalaman mengikut kelas Chef Amer ini....Chef, you are really great!!
tak thu bila ade masa nak pegri kelas baking ni kak
ReplyDeletetingin sgt2
tpi kengkangan keje
Bilalah Chef Amer nak datang ke area Klang ni??? Hehehe...
ReplyDeleteBesnya belajar dari Chef yang memang popular kan :)
wah...banyaknye kek!!! bestnya...akak, pos kat saya setiap satu ek...hehehehe
ReplyDelete~Admin : QasehMuslimah-Munirah~
http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com
waaaaa......
ReplyDeletekan kak... seronok join kelas Chef Amer ni.. dari tak pandai terus terasa pandai..hihi
senang aje buat kek ni.. yang penting hati kena berbunga ceria.. tak gitu kak Ummi cayang..
waa.. ita pun tak sabar nak tunggu kelas Chef seterusnya.. banyak lagi ilmu yang ita nak kena dapatkan dari Chef..
Terliur ita tengok kek tu..
Lepas ni kak Ummi dah boleh ambil tempahan kak..
^____^
wahh... seronoknyerr!!!!!!!!!!!!!!!!!! nak pegi kelas jugak!
ReplyDeleteWahh...Seronoknya. Macam2 kek ha.. Lepas ni Kak Ummi pun dah boleh ambik tempahan kek juga la...
ReplyDeleteKak Ummi.... nk tempah Boston cheese cake se... hehehe
ReplyDeleteMiiiii... I teruja!!!!
ReplyDeleteAssalamualaikum Kak Ummi..emmm seronoknya dapat join kelas baking
ReplyDeleteAssalamualaikum K.Ummi,
ReplyDeletewahhhhhh bestnya join kelas kek ni, mmng seronokkan sesekali join class mcm ni walaupun dah jadi mak budak...terasa lebih bermakna gitewww...mcm ni bolehlah tempah kek dngn akak je...ingat ya sediakan kek special utk Yatie sekeluarga..kita orang nak dtng Kuantan lagi ni....he3....saje je kacau akak...
Teringin nak join kelas macam ni..
ReplyDeleteakak pun teringin nak join kalau dekat class ni bestttnye
ReplyDeleteAssalam
ReplyDeleteSgt menarik, pastinya satu Pengalaman yg sangat meriah
seronoknya kalau dapat join kelas Chef Amir ni. selalu jugak Chef datang JB tapi masih tak berkesempatan nak pergi :-(
ReplyDeleteAda bau tak?ada tak? Ada? Bau doyan neh..hahaha..best nya dapat blajo..kalau lah ada yg seponser time menjaga anak2 kan ku join gak kelas kelas gini.ada sponser time tak kak?hehe.tak pe..satu hari nanti..huhu
ReplyDeleteLa bila masa Chef Amer dtg kuantan? Tak tau pun? Klo Jue tau mesti Jue nak join jugak kelas tu.. Lgpn Jue duk dekat je area ngan kadai kak Zati.. Ruginya2.. Harap sangat klo dapat info sekiranya chef Amer dtg kuantan dan adakan kelas lg..
ReplyDeleteHello Ummi, wow, good for you to learn more on cake baking.
ReplyDeleteNext day you bake any cake send me telegram, ha ha.
Have fun and simpan satu lagu dalam hati.
Lee.
Part ade chance gi belajar memang shiok kan KUmmi.. i also loike but kan a little susah.. harus tunggu sonia school full time baru mama dia ade chance nak jadi budak pandai hehe
ReplyDeleteRugi sapa tak pergi kelas chef Amer . Saya dah 4 kali masuk kelas chef Amer . Berbaloi duit ! =)
ReplyDeleteEnjoyed every bit of your article post. Keep writing. There are so many fun and exciting things to do and experience around the world that I thought I'd put together a list of my favourite Things to do for all travelers ...
ReplyDeleteMy name is Mrs.Aisha Mohamed, am a Citizen Of Qatar.Have you been looking for a loan?Do you need an urgent personal loan or business loan?contact Dr James Eric Finance Home he help me with a loan of $42,000 some days ago after been scammed of $2,800 from a woman claiming to been a loan lender but i thank God today that i got my loan worth $42,000.Feel free to contact the company for a genuine financial service. Email:(financialserviceoffer876@gmail.com) call/whats-App Contact Number +918929509036
ReplyDelete