Semoga hujung minggu yang hampir berlalu ini dimanfaatkan sebaiknya...masa bersama keluarga memang tak ternilai dengan harga, sibuk melayan karenah mereka kita tidak menyedari masa terbuai cepatnya berlalu, sedar tak sedar esok sudah pun nak kerja bagi yang bekerja.... Tapi bagi suri rumah, hari-hari adalah hari kerja kan. Bagi orang yang bekerja pun samalah, weekend bukan masa untuk berehat juga, segalanya nak di"cover" bila tiba cuti. Silap-silap x rehat terus, walaupun selelap cuma...alahaaaii...
Masa pantas bergerak dalam hidup yang sekejap cuma ini. Kita tidak berlari meninggalkan masa, masa sentiasa menangkap kita...24 jam yang diberikan sama rata, terpulanglah untuk kita mengisinya dengan amalan/aktiviti yang diharap dapat membantu kita juga...lampiaskan sebanyak mungkin hidup mu dengan perkara-perkara baik yang membawa kita dekat juga denganNya...
"Ada dua kenikmatan yang membuat kebanyakan manusia tertipu, iaitu nikmat sihat dan waktu lapang" - Hadis Riwayat Bukhari.
"Belum lagi kedua kaki seorang hamba bergerak pada hari kiamat, ditanyalah tentang usianya dihabiskan untuk apa, tentang ilmunya digunakan untuk mengerjakan apa, tentang hartanya diperoleh dari mana dan dibelanjakan untuk apa, tentang badannya digerakkan untuk apa." - Hadis Riwayat Tirdmizi.
Ok lah, akak cuma nak kongsikan kek coklat yang teramat sedap ni yang sempat akak buat sempena hari lahir suami yang sentiasa dekat di mata, dekat di hati...dia insan yang cukup memahami, cukup mengerti, cukup baik hati budi dalam alam berumahtangga selama 25 tahun ini...Syukur ke hadrat Allah SWT. kerana mendampingkan insan istimewa ini dalam hidup akak...
Buat kalian, janganlah dipandang pada rupanya kek ini...dengan bahan yang tidak mencukupi dan masa yang terbatas, toppingnya tu akak "cakar-cakar rimau" je laaa..hehe, nak ke kedai pun x berbaloi sangat dah rasanya....lalu topping coklat belen filling tu akak tuang dan cakar-cakar aje la atas topping creamcheese yang marbeles tuh.... MasyaAllah...hb makan dan terus menyatakan kesedapan kek nih...alahaiii tersentuh hati akak..alhamdulillah...
Untuk resepi kek coklat ni akak ceduk dari dapur Nina Mirza dan Nina ceduk dari link Sini.... Terima kasih byk Nina kongsikan. Dan untuk resepi filling creamcheese dan filling coklat tu akak ceduk dari dapur Azlita Masam Manis yang memang teror dalam hiasan dan idea membuat kek2 nih...Kagum sungguh dengan dia. Konon nak buat kek mcm Ita buat nih...tp sebab filling tu sikit sangat kot akak letak, so bila potong x berapa nak nampak jer petak2 tu....hehehe.. Issshh x kesah sangat laaa, akak ni mmg keras tangan pun...pastu kesabaran makin kurang bila dah berpeluh-peluh kat dapur...hahahaa. Tp hati baik taaauu... Terima kasih kepada keduanya...Jom semak resepi dulu k...
BEST MOIST CHOCOLATE CAKE
Sumber : Nina Mirza
Bahan:- (Loyang bulat 8 inci)
- 2 cawan tepung gandum *
- 3/4 cawan serbuk koko *
- 2 sudu teh soda bikarbonat *
- 1 sudu teh baking powder * (akak ayak bersama bahan bertanda)
- 2 cawan gula kastor
- 2 biji telor saiz A
- 1 cawan buttermilk
- 1 cawan minyak jagung
- 1 1/2 sudu teh esen vanila
- 1 cawan air nescafe mendidih
- Panaskan oven pada suhu 170C terlebih dahulu (untuk pembakaran kek secara perlahan - terpulang juga kepada jenis oven masing-masing, adjust la yea)
- Griskan loyang dengan shortening dan alas dengan kertas kalis minyak (baking sheet).
- Masukkan kesemua bahan KECUALI air nescafe mendidih ke dalam mangkuk adunan. Pukul dengan kelajuan sederhana selama lebih kurang 1 minit.
- Masukkan air nescafe mendidih tadi, kacau perlahan lagi hingga sebati sahaja. (Boleh guna whisk je).
- Tuangkan ke dalam loyang dan bakar kek selama 1 jam atau masak seeloknya. (Test kek dengan cake tester/lidi/pisau, jika keluar bersih maknanya kek telah masak, jika masih melekat adunan tambahkan masa bakar).
- *Cara akak - Bila kek masak, biarkan dalam oven dengan pintu oven sedikit terbuka selama 5 minit, barulah dikeluarkan untuk disejukkan di atas redai.
- Bila kek benar2 telah sejuk, bahagikan/potong kek kepada 3 bahagian untuk langkah melapis dengan filling.
CHOCOLATE GANACHE
Sumber: Azlita Masam Manis
100ml double cream/ whipping cream
250gm coklat gelap dicincang halus
sedikit garam ~ ita tak letak
1 sudu besar golden syrup ~ ita tambah
1 sudu teh paste vanila ~ ita tambah
1 sudu teh gelatin ~ Halal Jel
50 ml air
Taburkan gelatin Halal Jel dalam 50 ml air
Biarkan ia kembang
Kemudian panaskan cara double boiler hingga gelatin larut ~ ketepikan
Double boil cream jangan sampai mendidih, tambah coklat & sedikit garam, kacau rata.
Tambahkan golden syrup
Bila semua sudah cair tambahkan gelatin tadi.
Kacau rata
Letakkan perisa vanila dan kacau sebati
Angkat dan sejukkan
Bila dah sejuk masukkan dalam piping bag dan simpan dalam peti ais hingga ia mengeras sedikit.
Ganache ni kita kena buat 2 adunan. Satu adunan kita letak gelatin dan
satu lagi tak perlu. Yang tak perlu kita ketak gelatin tu kita buat
setelah kek kita siap kita sapukan dengan cream cheese frosting dan
selepas cream cheese mengeras. Itupun jika kita nak sapukan keseluruhan
kek dengan ganache, jika nak buat macam ita ni tak perlu lah buat
ganache ke 2 tu.
Sekarang kita sediakan pula Cream Cheese Frosting. Sebelum kita buat cream cheese frosting, cheese dan butter tu kita kena keluarkan awal dari peti ais. Biarkan kedua-dua bahan ini berada pada suhu bilik.
Sekarang kita sediakan pula Cream Cheese Frosting. Sebelum kita buat cream cheese frosting, cheese dan butter tu kita kena keluarkan awal dari peti ais. Biarkan kedua-dua bahan ini berada pada suhu bilik.
CREAM CHEESE FROSTING
125gm Philadelphia cream cheese
60gm mentega
1/2 cawan gula aising
1 sdt vanila ekstrak
1 sudu kecil jus daripada lemon
1 sudu kecil paste lemon ~ ita tambah
sedikit pewarna kuning ~ ita tambah
Pukul cream cheese dan mentega hanya sampai creamy aje, tambahkan gula aising, pewarna dan jus lemon.
Masukkan adunan dalam piping bag dan simpan dalam peti ais hingga ia sedikit mengeras.
125gm Philadelphia cream cheese
60gm mentega
1/2 cawan gula aising
1 sdt vanila ekstrak
1 sudu kecil jus daripada lemon
1 sudu kecil paste lemon ~ ita tambah
sedikit pewarna kuning ~ ita tambah
Pukul cream cheese dan mentega hanya sampai creamy aje, tambahkan gula aising, pewarna dan jus lemon.
Masukkan adunan dalam piping bag dan simpan dalam peti ais hingga ia sedikit mengeras.
Untuk panduan, boleh lihat cara melapis filling di dapur Azlita tu yea...Selamat Mencuba...
assalamualaikum Ummi..
ReplyDeleteakak dtg dari jauh ni nak sepotong kek yg ala cakar2 tu sebab sedap sangat kan tak kisah lah rupa nya, tapi bagi kak noor yg tak pandai ni tak nampak pun yg tak cantik melainkan yg cantik saja kek tu..
Assalamualaikumm kak ummi... sedapnyer kek cekelat campur cream cheese toppingg... harus makin bertambah2 sayang encik abg kan :)
ReplyDeletesedapnya kak.. da la sy ne hantu kek
ReplyDeletenampak sangat yummy! hehe
ReplyDeleteSEDAPNYERR
ReplyDeleteas-salam
ReplyDeletewow npk cantik dan mesti sedap ni kak..
Assalamualaikumm kak ummi...
ReplyDeleteamboiii...mengancam la kek...
cantikkk
salam kak
ReplyDeletesedapnya tgk..terliur di buatnya..saya ni dah ler gila makan kek..especially kek coklat..mohon share ye kak resepi..kalo ada yg lain gak mohon share jgak ekk kak..terima kasih...
K.Ummi masak la apa pun mesti nampak sedap...Berjurai air liur nengok kek nih..
ReplyDeletehAaaa...kuar dh kek yg mengancam drp kak ummi...tgk pun sedap...
ReplyDeleteCakar x cakar janji choc cake yg mmglah seluruh semesta tau kesedapannya....hepi bestday inche suami yg sgt bertuah....tp kan kak, harus nanges kak martha nengok deco ni kak...dia ada?? Heeee
ReplyDeleteSedapppp yeeee....wahh birthday utk suami umi....pasti dia rasa bangga ummi pandai masak dan pandai buat kek...kena belajar nih....ayuhhhhh
ReplyDeleteAummmmmm!
ReplyDeleteAs'salamualaikum Kak Ummi,
ReplyDeletecakar-cakar sambil menggoda! Aauuuww..
nampak sedapp kek kak Ummi...
kalaulah dekat pasti Nina dah minta sepotong! hehehe . . .
Sedappkan kek coklat resepi nie? moistt~~
TERIMA KASIH kak Ummi sudi singgah blog Nina dan letakkan link Nina :)
Muuahhh...!!
Salam Kak Ummi,
ReplyDeleteSelamat ulang tahun untuk suami akak.. semoga semakin bertambah umur semakin bertambah-tambah lagi kasih sayang.. dan berlipat kali ganda keimanan..
Kek yang istimewa untuk insan yg istimewa.. dari insan yang teristimewa.. ^___^
Kak Ummi cayaaaang... terlior sudah...
ReplyDeletesalam kak ummi..
ReplyDeletetak kisahlah kak cakar2 pun.. kalau akak tak cerita pasal topping yg tak cukup tu saya tetap akan ckp kek tu cantik & menarik! cakar2 tu salah satu seni mendeko jugak.... mmg nampak menggiurkan bila nampak kek yg dah dipotong tu...
Sedapnya kak ummi, tang cakar harimau yg menarik tu
ReplyDeleteamboiiii bercakor2! ngeri jiran mendengo! kekekekee... epi belated besday wat abg Nu dr kami skluarga... bagi adiah apa??? hihihihihi
ReplyDeletefuiyooooo ummiii cayaangg..tangkap nangess wooo!!
ReplyDeleteSalam Kak Ummi...canteknya kek itew...tergoda...
ReplyDeleteAssalam kak Ummi cayang,
ReplyDeletewah cantiknya kek cakar2 ni..
walaupun masa begitu ketat buat akak..alhamdullilah akak sempat juga buatkan kek istimewa untuk orang yg istimewa..
Happy belated birthday buat mr hubby kak ummi tu ya..semuga berbahgia hendaknya..:)
cakar2 pun sedap nampak kek nye kak..salam ulangtahun ye..
ReplyDeleteAssalamualaikum Kak Ummi,
ReplyDeletealahaaiiiii tak kisah lerrrrr kek tu cakar2 ke, janji istimewa dari air tangan isteri tercinta...tu lebih bermakna kak...dari kek cantik2, tapi orng lain buat/beli...yg nak makan pun tentu rasa lain sikit walaupun sedap juga....resepi tu tak ada resepi kasih sayang, tentu lain sikit..he3...(amboi akak...asyik mencakar jek..abes kek pun di cakarnya...mcm takde tempat lain nak di cakarnya....he3...)
btw Selamat Hari Lahir buat suami akak, moga hidup akak sekeluarga sentiasa di berkati dan di rahmati Allah SWT. Aamiin..
assalam kak ummi..kek2 cakar2 tu lah yg mahal..mane nak jumpe kat kedai..ngeee!
ReplyDeletehepi birthday buat asben kak ummi..moga di rahmati Allah swt dan bertambah kebaikan dari Nya
Sedap sgt ni!!!
ReplyDeleteAslmkum k.Ummi
ReplyDeletekek cakar pun nampak menarik....rasanya pasti sedapkan dgn filing cheese dan choc itu.
happy belated bday buat suami k.Ummi...moga sihat sejahtera dan murah rezki selalu.
Assalam kak ummi
ReplyDeletecantiknya kek ni, pastinya sgt sedap
dgn cream chese yummy
alhamdulillah 25 thn melepasi sudah
semoga ke akhir hayat bahagia
Salam Kak Ummi..
ReplyDeleteYess setuju dgn kak Ummi..memang kek ni paling senang and sedap. saya pun dah bape kali buat..sampai dah terkira..hahahaha...
Cuma tak sempat nak topping topping cam akak aa..anak2 dah ngapppp....siap je bako pun pakat tanya dah bole makan ke..err ni org order ke...asal orang order..kena buat dua...gamaknya buh toping cam akak ni....memang asyik suh ibu dia buat kek aje la...
Akak pun ala ala kak Ita masam manis tu..asal buat masak je jadi..mesti jadi je kalo masak..hehehe
salam syg kak ummi,
ReplyDeletehppy belated bthday buat suami akk,kek teristimewa hasil air tgn isteri tercinta..sedappp :)