Alahai penat terasa seluruh anggota, teringat pulak kepada blog yang dah x seumpamanya...ada lagi ke yang nak menjengah, ada lagi ke yang sudi menyapa...tuan rumah dah suam-suam teramat sekarang ni... Kadang-kadang lain dirancang, lain yang terjadi...itulah kan.... Tugas seorang wanita, isteri dan ibu memang tidak pernah berhenti...namun dalam kepayahan menunaikan tanggungjawab terasa lega bila ada tangan yang membantu meringankan, alhamdulillah, terasa diri dihargai. Namun seorang ibu dan isteri hanya ingin melakukan yang terbaik, mana ada yang tidak mahu membahagiakan seluruh ahli keluarga kan... Kebahagiaan seisi rumah, mampu menenangkan fikiran dan melenakan sebaik mata terpejam...syukur nikmat kebahagiaan yang masih berterusan...SubhanAllah...!
Berbahgia dan rasakanlah beruntungnya wahai wanita-wanita suri hati suami dan ibu kebanggaan kepada anak-anak....
Antara hadis Rasulullah SAW mengenai wanita:-
"Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya."
"Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dikehendaki dengan tidak dihisab,"
Ok lah akak nak masukkan entry...tetapi mohon maaf berbanyak, entry tertunggak lama sangat dah seminggu...apa lah nak buat..! Begitulah ruang yang sempat buat akak, redha je la. Minggu ni pun emak dan abah datang bersama family abang petang Jumaat kelmarin dan bermalam satu malam. Selepas sarapan pagi Sabtu semalam, mak abah dah nak balik sebab ada jemputan kenduri. Pastu mcm biasalah, bz dengan kerja-kerja rumah segala. Tengahari tadi pun family adik datang. Adik ipar perempuan akak tu bawa bersama seorang guru yang sama mengajar dengannya. Sempat buat choc chips muffin dan pengat keledek ungu hasil kebun lagik...xdan langsung nak snap gambar, licin pengat tuh sedang elok masak, hidang terus...muffin x yah laa, dah biasa masuk entry...hehe.. Itu citer selingan...
Okeh Mee Mat Saleh baru sempat nak entry ni...ramai yang tertanya masa akak letak kat wall FB minggu lepas...hahaha.. Mee Mat Saleh tapi dimasak ikut citarasa (tekak) Melayu...Mee ni dikirim jauh sebenarnya...lama sangat dah...kedudukannya pun sekejap simpan sana, sekejap simpan sini, lama-lama lupa...haha..dashyat kan akak!! Mee ni sebenarnya ala-ala mee lidi, mee siput gitu laaaa...kena rebus dulu bagi lembut, then gorenglah macam mee biasa tuh.. So akak xda lah nak bagi resepi, goreng je la ikut suka hati yeaaa...
Gambar kat bawah ni la rupa meenya....dah sedikit hancur sebab letak sana, letak sini, pindah sana, pindah sini...nak masak, x jadi, simpan....bawak keluar lg, x jadi jugak...simpan, berbulan, bertahun jadinya...haha, sabauu jek laaa...nasib baik elok kualitinya... Terima kasih buat adik yang seorang di Labuan sana.... Terima kasih juga atas hadiah-hadiah dikirim setiap kali menjelang Aidilfitri...hanya Allah yang dapat membalas budi baik mu dik! Semoga ukhwah dibina tidak terlerai pergi begitu sahaja...