Monday, August 15, 2011

Ayam Goreng Seri Wangi

Assalamualaikum.....terlebih dahulu akak mohon maaflah x sempat nak blogwalking ke dapur adik-adik tersayang bz la haaaii, faham-faham je laa orang kerja sesekali dpt berhujung minggu, macam-macamlah dalam agenda kan...harap you all faham la kan... Ni pulak dekat nak raya ni, macam-macam la nak pi cari barang baking laa, anak-anak duk sibuk tanya bila nak wat kukis..adeeiii

Semalam lepas jek kemas rumah segala, keluar kejap dengan anak-anak dara jek bertiga, cik abang dah kepenatan sebab lepas subuh jek terus bawak abanglong n aiman pi meracun rumput sikit kat rumah baru nu. Saja la xnak biarkan rumput2 kecik naik. So hari ni seawal pagi barulah masuk dapur wat kukis favourite dan MUST HAVE cookies bagi anak-anak akak ni...Dapatlah 2 jenis hari ni, pastu akak sambung masak untuk berbuka, kita wat lontong...nnt akak tayang kukis n lontong tu eh.. Panjang pulak list untuk entry....adeeeii..

Okay, resepi ayam ni akak dapat dari adinda Mat Gebu masa duk borak-borak tanya dia, nak masak apa la dengan isi ayam yg ada dalam peti es akak untuk hari Jumaat hari tuh... Teruslah si Mat ni melayan ha, cari dan selak-selak la buku masakan Chef Wan yg duk ada kat dapur dia tuh...terus dia bagi resepi nih...katanya nampak sedap...tp Mat pun x buat lagi laa masa tuh... Terus akak suh dia taip resepinya, akak C n P jek laa...hehee. Weee memang sedap giloss la Mat, cukup segala rasa dan aromanya. Anak-anak puji habisss....Najwa dengan Aiman meratah sakan...Alaaa...resepi Chef tersohor, mestilah sedap kan...Terima kasih Mat kerana sudi taipkan resepi...hehee...Ko mmg baiiiikkkk...hehe.. Sapa nak cuba, silakan.... ^__^

AYAM GORENG SERI WANGI
Resepi: Buku Masakan Chef Wan (Koleksi Mat Gebu)

Bahan:-
  • 4 dada ayam - dihiris kecil
  • 2 batang serai - dihiris halus
  • 1 kuntum bunga kantan - dihiris halus
  • 10 biji cili padi - dihiris halus
  • 2 sudu besar pes tom yam
  • 60 ml air
  • 1 camca teh madu (akak letak lebih sikit)
  • 1 1/2 camca besar mayonis
  • 3 helai daun limau purut
  • minyak masak secukupnya
Bahan Perap:-
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 biji telor saiz kecil - dipukul sikit
  • garam
  • 3 camca besar tepung jagung
# Ayam diperap dengan bahan perap selama 15 minit.

Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dalam kuali untuk goreng terendam isi ayam tadi. Goreng hingga garing dan angkat, toskan.
  2. Panaskan pula sedikit minyak dalam kuali, tumis serai, bungan kantan, cili padi dan pes t0myam hingga harum.
  3. Masukkan air, madu dan ayam, kacau rata dan seimbangkan rasa. Tutup api.
  4. Masukan mayonis dan daun limau purut. Gaul rata dan hidangkan.


8 comments:

  1. kak ummi...keluar tajuk...raya kite nak serbu rumah, nak makan kukis, kek bagai sume...buleh ke...???

    ReplyDelete
  2. Salam KUmmi!
    Faham faham.. kita faham.. terkejar kejar dgn masa.. bangun kul 5pagi aleh aleh dah masuk asar dah tu nak pi prepare buka pulak and then bila dah malam nak continue baking lagi.. ish ish.. ok kak.. tak leh lama ni.. nak pi ketuk rumah jiran jiran online hehe.. selamat bersahur KUmmi!

    ReplyDelete
  3. ehem2..sedapnye lauk kak ummi...ada lg k? hehehe..

    ReplyDelete
  4. Salam k.ummi...

    sedapnya ayam! akak dah start wat kukis ye...e-na biasanya minggu last baru leh wat...klu wat skrg nnt kena ada ulangan coz kukis habis sblm raya...;p

    ReplyDelete
  5. kak ummi!!... semerbak wangi bau ayam tu sampai rumah kita tau... tu yg laju je masok sini.. hehehe... sedapnya kakkkk..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum akak ummi cayang...
    sama ler ngan kita pun sibuk dah melanda dah akak... kejap jer masa berlalu.. x rasa dah nak dkt raya dah...dah buat cookies yer akak.. diana pun dah mula buat dah..
    akak... diana dah jatuh cinta ngan ayam tu akak.. nmpk sgt sedap n menyelerakan sekali... simpan dulu resipi nie... ;)

    ReplyDelete
  7. ada kantan bagai..uishh sah sedap sesangat ni. akan dibuat. insyaAllah

    ReplyDelete