Thursday, March 3, 2011

Honey Dew and Sago Pudding

Salam sejahtera....jom lah jamu mata dengan dessert paling mudah ni....lebih kurang jugak dengan fresh fruit cocktail yg akak penah buat dulu....campak-campak jek la jadikan dessert nih...janji sedap dan sejuk masuk ke tekak.....Kebetulan hb beli buah tembikai susu or honey dew ni sampai sebijik....sapa la nk ngabiskan...akak kurang sikit minat makan buah ni mcam gitu jek...tp bila layan dessert camni....beeessttt! Hari tu tengok kat dapur Hazila....tp xda la sukatan..so akak pun layan ikut sukatan dan tekak akak la yea...thanks Hazila kasi idea...


HONEY DEW AND SAGO PUDDING
Adaptasi dari : Hazila
Sukatan : Ummi@Home Sweet Home

Bahan:-
  • 1/2 biji honey dew - kupas dan potong dadu
  • 2 cawan susu segar
  • 1 cawan susu sejat
  • 6 sudu besar gula pasir
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 2 cawan kiub ais
  • 3 sudu besar sagu (akak guna yg merah)
  • 2 cawan air panas didih
Cara-Cara:-
  1. Rendam sagu selama 5 minit, kemudian toskan dan rendamkan pula ke dalam air panas didih dan biar sehingga sagu menjadi betul-betul jernih (lebihkurang 10 minit). Kemudian toskan dan basuh di bawah air paip untuk buang kanjinya...ketepikan.
  2. Sementara itu masak susu bersama gula dan esen vanila sebentar (x perlu didih), setakat nampak wap dan gula larut aje, tutup api. Sejukkan pada suhu bilik
  3. Kisar sebahagian honey dew, 1 cawan susu tadi dan kiub ais hingga halus.
  4. Campurkan kembali ke dalam baki susu tadi. Kacau rata.
  5. Masukkan honey dew yang dipotong dadu kecil serta sagu.
  6. Bolehlah disantap dan sejukkan tekak.

6 comments:

  1. Assalamualaikum kak. Tahniah. Hehehe tertinggal keretapi. Rasanya k ummi ni campak apa je mesti menjadik. Kalau saya main campak2 mesti terus masuk tong sampah. Kak nak bunga kaler hitam tu boleh tak?

    p/s: saya beli jelita sebab nak tambahkan senarai homework saya. Kakakakaak...

    ReplyDelete
  2. Sounds like a great refreshing pudding! Salam kenal :).

    ReplyDelete
  3. ummi kita nak puding sago ni dan..dan kitanak munga hitam tu jugak.nak selit kat baju..hehe

    ReplyDelete
  4. sedapnya puding sagu tu....
    terliur mas tengok..
    buah tu boleh tukar ngan buah lain kan kak...

    ReplyDelete
  5. salam ummi.. tahniah resepi2 yg sungguh menyelerakan itu sudah masuk majalah bersama2 hero kita, mat gebu.. tahniah! teruskan usaha..

    ReplyDelete