Tuesday, August 17, 2010

Kek Coklat Tanpa Butter - Layan Tekak Anak-Anak

Okaayyy ni just nak share Kek Coklat yang akak buatkan untuk Najwa yg ada balik baru ni, permintaan dia laaa....Abanglong pun tumpang sekaki....heheee...masing2 balik U bawak bekal hari Ahad tu...Dah banyak kali buat kek ni sebab sedaapppp....Resepi asal dari Fendi @ MyResipi tu....Dah buat dulu dan dulu....hehee....Akak copy paste la resepi kat sini balik yea...senang...

KEK COKLAT TANPA BUTTER

Bahan Utama:- (loyang 20 cm/9 inci)
  • 2 biji telur
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan gula perang

Bahan A:-

  • 1 sudu kecil vanila
  • 1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
  • 1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe

Bahan B:-

  • 2 sudu kecil sodium bicarbonate
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 2 cawan tepung gandum

** Topping ** (Ummi x buat pun topping ni, guna balance dlm fridge je..)

  • 1/2 cawan koko van hauten
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 sudu besar minyak masak

Masukkan kesemua bahan dalam periuk dan kacau sebati. Kemudian kacau atas dapur dengan api yang perlahan hingga agak likat sedikit. Sejukkan sebentar dan sapukan atas dan keliling kek yang telah sejuk.

Cara Menyediakan Kek:-

  1. Pukul telur hingga kembang
  2. Masukkan gula dan pukul lagi.
  3. Kemudian masukkan minyak masak.
  4. Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
  5. Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak.


4 comments:

  1. Salam kak ummi,
    Sedapnya nampak kek ni... senang bahan2nya. Nak salin resipi jg. :D

    Saya buat tomato spagetti kelmarin. Alhamdulillah, memenuhi selera saya. Copy resipi kak. Mohon halal dan terima kasih banyak2 kak. :)

    ReplyDelete
  2. salam,

    kek ni bole kukus ke ummi? tempting sangat..tapi oven kat rumah rosak...

    siti

    ReplyDelete
  3. Hello Ummi....looking at your this delicious chocolate cake...I know when I put one spoon in my mouth, sure want more....
    I love the colour and the beautiful texture.
    I can practically get the lovely scent here.
    Sedap best ni cake!
    Ada lagi? Ha ha ha.
    Have a nice day, Ummi. Lee.

    ReplyDelete
  4. Hi Lee...Owh! shame on me for not dropping by at your pondok for quite some time...huhuu... The cake has already finished but I'll bake another one for you Lee...not a big matter...hehee
    Lee, thanks for remembering and dropping by...really appreciate it! Have a nice day too, Lee..

    ReplyDelete