Saturday, August 14, 2010

Asam Pedas Ikan Tenggiri Dengan Nenas Muda

Haaaiii puas cari nenas madu or nenas yang masak2 sikit ke, xda la pulak..yang melambaknya nenas muda2 belaka...orang nak wat jem nenas boleh la guna nenas muda kan...Hajat hati dah nak buat asam pedas, so akak tibai je laa dengan nenas muda nih, akak mmg x suka guna nenas muda, biasa nenas madu or nenas biasa yg masak sikit.....potong nenas nipis2 gitu....weeeyy sedapnya menghirup kuah...pastu akak mmg buat x pedas sangat....wpun namanya asam pedas....jaga kesihatan okayyy...hehhee...Laayaaannnn...

ASAM PEDAS IKAN TENGGIRI DENGAN NENAS MUDA
Resepi : My Style

Bahan:-
  • 2 keping ikan tenggiri sederhana besar
  • 1/2 biji nenas - dikupas, dibuang mata dan di hiris nipis2
  • 1/4 cawan air asam jawa
  • air secukupnya
  • garam dan gula secukup rasa
  • 4 sudu besar minyak untuk menumis
Bahan DiKisar Dengan Sedikit Air:-
  • 6 tangkai cili kering
  • 3 tangkai cili merah
  • 7 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 cm lengkuas
  • 2 cm halia
  • 2 cm kunyit hidup
  • 2 cm belacan (lebihkurang besar ibujari tgn)
Cara Memasak:-
  1. Panaskan caserol yang telah dituang minyak. Tumis bahan2 kisar dengan api sederhana dan masak hingga naik minyak dan kemerahan.
  2. Masukkan air untuk kuahnya dan nenas, biarkan mendidih sekejap.
  3. Masukkan ikan dan air asam jawa.
  4. Masak dengan api sederhana sahaja hingga nenas lembut dan ikan masak. Kacau sesekali.
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Seimbangkan rasa.
  6. Bila kuah telah naik kemerahan boleh lah ditutup api dan hidangkan dengan nasi putih.


5 comments:

  1. salam kakummi...
    tengok asam pedas kakummi ni, terasa2 kemasaman nenas tu...kecur air liur...

    ReplyDelete
  2. salam kak..ni lauk feveret mak sy ni..betul apa yg akk tulis kat profile tu..mmg akak jd inspiration kat working mama nak masak utk family..hihi

    ReplyDelete
  3. salam kak ummi menu kita sama cuma tk letak nenas jer...

    ReplyDelete
  4. salam kenal kak ummi...

    saya baru jer terjebak dlm dunia blogger ni.. bab memasak tu mmg dh lama terjebak... huhuhu...jemput singgah n follow blog saya ye...

    ReplyDelete
  5. Salam. K'Ummi.. Moga sihat ye.. Ikan tenggiri msk kicap pon sodappp..

    ReplyDelete