Wednesday, May 5, 2010

Sotong Masak Lada Hitam

Otak akak rasa beku je bila fikirkan pasal sotong nih..ingat nak wat singgang jek, tp anak2 gerenti x makan tau kalau xda pedas-pedas..aiiihhh...kalau wat masak lemak pun x laku...x kuasa dah nak wat sambal tumis memanjang...Masa masak bukanlah panjang sangat bila akak balik kerja, jadi nak senang akak belek buku Senangnya Memasak Makanan Laut Bersama Chef Hanieliza...hehee...Okayyy ni lah hasilnya, x kurang sedapnya...masak sesedap rasa kita kan, kan...


SOTONG MASAK LADA HITAM

Bahan:-
  • 500 gm sotong sederhana besar (dipotong kecil)
  • 1 labu bawangbesar (dipotong gelang)
  • 3 sudu besar sos lada hitam
  • 1 sudu besar lada hitam (ditumbuk kasar)
  • 1 pokok daun bawang
  • 1 biji tomato - dibelah 6
  • Garam secukup rasa (optional, kerana sos lada hitam sudah masin)

Bahan Tumis:-

  • 3 ulas bawang merah - dihiris
  • 2 ulas bawang putih - dihiris
  • 1 tangkai cili merah - dihiris (akak letak 1 lg cili hijau)

Cara Memasak:-

  1. Panaskan minyak dalam kuali, dan tumiskan bahan tumis hingga layu.
  2. Masukkan lada hitam, bawang besar dan sos lad hitam, kacau sebentar.
  3. Masukkan sotong dan biarkan masak sekejap sambil dibalik-balikkan.
  4. Masukkan garam secukup rasa.
  5. Tutup api dan taburkan daun bawang. Siap untuk hidangan.

6 comments:

  1. Kak ummi!!!! kita masak sotong jugak sib baik akak tak masak singgang sbb kita yg masak singgang ehehe... lada itam mmg best mesti nak cuba resepi ni :D

    ReplyDelete
  2. Wowww...sotongg, bessnyaa cuma time gatal je jadi tak bess...hehehe...

    ReplyDelete
  3. salam kak ummi...wahhh nampak sedap je sotong lada hitam tu...sotong dah ada tu...tapi baru teringat sos lada hitam baru je habis...uwaaa lupa nak beli lak...

    ReplyDelete
  4. salam ummi :)nak sotong dgn pancake pagi td tu-ade lg ker?

    ReplyDelete
  5. Ika -
    Tu laaa..meh kita tukar la Ika, akak suka jek singgang sotong, tp anak2 xnak..dpt tukar2 ni baru bessshhh...hehe

    Mat Gebu -
    Hehe..ko ni mmg pantang segala ya Mat..tp ko x pantang tengok kan..jadi ko cuci mata je laahh! hehe

    Ima -
    Xpa esok pi beli sos lada hitam eh..try..hehe

    Deliah -
    Wkmsalam..hehe..sotong dah licin, pancake pun dah licin..hehee, ni tayang nk suh pakat2 pi buat jek..ekekee

    ReplyDelete
  6. kat duk diam2 kat opis tu ye..kita mai nk amik stun ni..kang cma msk nsi je..muahhh..kak red curry paste tu kak cba tgk kat psraya..sbb kat psraya kecik je kat umah kita ni ada jual..kita dah tgk..siap pgang2 lagi..pastu pkir..npe la aku ni jakun sngat..siap bwa blik dri bahrain lgikk..kehkeh..

    ReplyDelete