Thursday, May 20, 2010

Roti Kasih Mesra

Hah!!! Ada siapa2 yang rasa belum mesra alam lagi dengan pasangan ke, kekasih ke, family ke, mertua ke, besan ke...tunang ke...meh kita buat Roti Kasih Mesra nih, kiranya roti kasi mesra la kot...kasi makan, gerenti jatuh kasih terus...hehee...dah la senang nak buat...sedap sekali pada tekak family akak tau...diaorg xnak makan nasi tau..akak ingat suka2 je buat malam tadi, aleh2 laku la pulak...Lenkali wat untuk bekfes lak...mmg sedap di makan semasa roti tu tengah panas garing...jadi bila gigit tu, krup krap jek....layaaannn...Resepi dari Majalah SAJI dan akak adjust sikit...Akak buat 2x ganda dari resepi asal tu...maklum tengah ramai kat rumah ni..hehe

ROTI KASIH MESRA
Sumber: Majalah SAJI

Bahan A:
  • 6 keping roti
Bahan B:-
  • 250 gm isi ayam/dikisar (akak guna jenama Ramly) tukar daging pun boleh
  • 1 biji telor
  • 1/2 cawan air
  • sedikit garam
  • 2 sudu besar sos cili (akak tambah ni)
  • 1 sudu besar sos tomato (akak tambah ni)
  • sedikit serbuk lada hitam
  • cili sos untuk drizzle
  • mayonis utk drizzle
Bahan C:- (tumbuk halus) - akak kisar kasar jek
  • 3 ulas bawang merah (akak guna bawang besar je)
  • 1 ulas bawang putih
  • 5 tangkai cili merah (akak ada 2 tangkai cili merah je, jd + cili hijau + cili padi merah sikit)
  • 1 tangkai daun pudina (akak hiris je ni)
  • 1 biji buah tomato
  • sedikit halia
  • minyak untuk menumis
Cara Membuat:-
  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan tumbuk hingga wangi.
  2. Kemudian masukkan isi ayam dan masak hingga airnya kering sedikit.
  3. Kemudian masukkan telor dan bahan-bahan lain.
  4. Masak biar kering sikit dan seimbangkan rasa. Angkat dan ketepikan.
  5. Sementara itu, terap roti dengan acuan bulat kecil. (*akak guna acuan bulat tuk masak telor/benjo tu).
  6. Sapu sedikit butter pada loyang dan susun roti di atasnya. Bakar pada suhu 180C selama 15 - 18 minit biar nampak garing cam gambar tu.)
  7. Keluarkan dari oven dan letakkan satu sudu besar inti. Ratakan. Boleh dibuat satu-satu lapis atau ditindih2 seperti akak buat ni...terpulang ya..
  8. Paipkan sos cili dan mayonis. Boleh dimakan dah lerrr....sedap ketika roti masih suam panas gitu...terasa rangupnya...Selamat Mencuba!!
untuk bekfes or minum petang pun sesuai...jemput makan...

13 comments:

  1. heheh..pandai tol k.ummi amik pendekatan utk merapatkan kemesraan sesama insan..bagus2...heheh.

    ReplyDelete
  2. Salam Ummi...nanti kita cuba...kita suka yang senang dan ringkas..hehehe..penat betoi bila nak2 kumpul...tak menang tangan..!!

    ReplyDelete
  3. Salam kak ummi! bg kat hb bagus ni bertambah mesra tak kira dmana saja hihihi.. weeeiiii teruk tu kang mesra tak kena tempat :P ehehe

    ReplyDelete
  4. best idea ni.klu ada majlis buat roti kasih ni bagus gak. ganti ngan tuna pun boleh gak kan kak ummi!!

    ReplyDelete
  5. sedapppnye nmpk... :)

    ReplyDelete
  6. Hello Ummi, saya never seen these beautiful breakfast before. You are really full of surprises.
    Having a wife like you sure must be fun not knowing what you will come out with next, your cooking I mean.

    I love your mee Jawa.....
    Ummi, you are one fantastic lady! No 2 ways!
    Have fun and stay young, Lee.

    ReplyDelete
  7. Amboi.. berkasih mesra lagi gitu...

    Sorrylah Mi, kita sibuklah. Bukan amek oder tapi nak menyelesaikan benda-benda yang belum selesai. On top of that, still not feeling good la... You take care!

    ReplyDelete
  8. salam ummi :) jatuh kasih pada roti ummi ni :p~

    ReplyDelete
  9. Salam Kak Ummi,
    Wah bertingkat tingkat roti kasih mesra akak tu. Memang mesra sungguh... terliur patik. hehe... psst, suke la tengok gambar2 akak. Bertambah tambah mantap tau :)

    ReplyDelete
  10. slm ummi~ i'm drooling. nak kena try nih. nyum2.

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. Azila -
    Xpa terlebih mesra kan, jgn makin kurang mesra..hehe

    Watie -
    Wkmsalam..tu laa..Ummi ni pun anak2 tgh bercuti, jenuh nk fikir masak apa tuk diaorg..aiiihh..

    Ika -
    Aah la, jgn tunjuk mesra salah tempat lak Ika..kang org hantar kita pi Tampoii lak kan..hehe

    Ain -
    Alaa xyah tunggu majlis Ain, buat je hari2 pun xpa..aah boleh gak letak tuna..

    Jamak Aton -
    Baru nampak sedap..belum rasa lgk..hehe

    U.Lee -
    Hi Lee, hahaa..you can smell it from Toronto? No, no...nothing to surprise for everyday la Lee...once a while ok laa..Hey, where did you get my Mee Jawa? I haven't cook it for quite sometime...hehe, Thanks for dropping by Lee...May you have a great days ahead...

    MamaFaMi -
    Xpa la Ma, Ummi faham..apapun Ma, do have an enough rest okayyy..Love you..

    Deliah -
    Wkmsalam..thanks Deliah..hehe

    Ijan -
    Wkmsalam, hehe..roti ni nak makan kena nganga besar2 Ijan..xpun x lepas..hehe, time kasih komen tang gambar tu Ijan..hehe..baru belajor2 memetik senapang baru..haha

    Othman Juliana -
    Wkmsalam..hehe..terliur, kena la cuba kan..

    ReplyDelete
  13. This looks yummy! Must try...thanks for sharing ; )

    ReplyDelete