Adalah sebab keterjadiannya kuih ni adalah tidak disengajakan tau...hehee..Balik dari Pasar Rabu petang semalam akak beli pisang berangan dan pisang tanduk...pastu kan, tengok pisang terasa pulak nak buat kuih lapis pisang ni...tapi kelapa memang xda...apa lagi, akak bantai santan kotak Ayam Brand jek...tak mengecewakan langsung dari segi rasa...sesedap tekak betul! Hari tu ada tengok kat dapur CT Delima punyalah nampak sedap lapisan kaler merah menyala gitu....so akak pun belek buku Aneka Talam dan Kuih Lapis Kak Liza lagik....Tapi kelapa x beli pulak, so akak tengok ada santan kotak Ayam Brand dlm stok..apa lagik..lg senang kerja, dari segi rasa memang tak mengecewakan langsung...sesedap rasa sungguh!! Then bila dah buat ni baru perasan, sama je sukatan dengan yang CT buat tu, maybe buku yang sama la CT ek..hehee...So akak pun start mengukus jam 8.30 mlm tadi dan buat breakfast bersama pisang tanduk goreng sekali. Bawak pi ofis sikit...sedap sangat...tapi kaler kita x merah sgt laa...pinky gitu..hehe
KUIH LAPIS PISANG (loyang bulat 7 inci)
Sumber: Aneka Talam dan Kuih Lapis (resepi Kak Liza)
Bahan A:-
- 2 cawan santan (akak guna 1 1/2 kotak santan Ayam Brand + air = 2 cawan)
- 1 cawan tepung gandum
- 1 cawan gula pasir
- 2 sudu makan tepung beras
- 2 sudu makan tepung kastad/jagung (akak guna tepung jagung)
- 1 sudu teh garam
- 1 cawan pisang emas/berangan - dilecek
- 1/4 cawan air
- sedikit pewarna kuning (*akak tambah, kalau guna tepung kastad, xyah letak la rasanya)
- 1/4 cawan air
- sedikit pewarna merah
Cara Membuat:-
- Campurkan bahan A hingga sebati. Tapiskan dan bahagikan kepada dua bahagian.
- Campurkan bahan B dalam satu bahagian dan kacau rata.
- Satu bahagian lagi dicampurkan dengan bahan C dan kacau rata.
- Panaskan kukusan. (Sediakan loyang yang digriskan sedikit dengan sedikit minyak. Panaskan sebentar) - *cara ni akak buat sebelum mula melapis.
- Tuangkan hampir 3/4 cawan adunan pisang (B) dalam loyang dan kukus selama 8 minit.
- Kemudian lapiskan pula 1/3 adunan merah dan kukus juga selama 8 minit.
- Buat sehingga siap setiap lapisan dengan bahagian atasnya adalah adunan pian (B).
- Semasa kukusan akhir, balut penutup kukusan dengan kitchen towel dan kukus lebihkurang 10 - 12 minit.
- Biar sejuk pada suhu bilik dan barulah dipotong.
Sweet looks delicious n yummy...lovely click dear.
ReplyDeleteada lagi tak kak?? nak sikit utk bfast pg ni!hihi
ReplyDeletewah.. nampak sedap ler akak punya kuih nih... nih yang rasa nak buat nih... alasan?.. bby dalam perut nak makan... hehehe..
ReplyDeletex penah dengar....first time tengok !!!!!!!!!!!!!!mesti sedap ini kan,harus m'cuba ini
ReplyDeletesalam kak ummi,
ReplyDeletehuwa...bestnya kuih lapis ada pisang. saya suka rasa pisang...
Salam kak! akak ni sajer nak suruh kita melapis lagi huh! bak sini 2 3 ketul kuih tu nak rasa dulu, tp kompem sedap sbb i likeeeee banana!!! masuk list! :D
ReplyDeletetq 4the recipe.. nnt nak cuba buat... menarik sgt kuih ni...
ReplyDeletemalam ni try buat kuih lapis pisang ni,mesti sedapp.
ReplyDeleteSy dah buat kuih lapis pisang ni,memang sedap betulll,sampai rasa mcm tak cukup bab menjadik sangatla.Sesiapa yg belum try tu rugila.
ReplyDelete