Friday, April 9, 2010

Egg Hodashi

Salam pagi Jumaat, weee bznya akak semalam x dan nak ronda2 sangat kat rumah you all...Ni menu kelmarin dah sebenarnya...x yah mintak la eh..pi buat sendiri...senang je pun..nak makan dgn nasi pun ok...nak wat bekfes camtu je pun ok...sedap sesangat! Sempoiii sungguh! Resepi dari majalah SAJI..ala bkn susah pun, ala-ala telor bungkus ler sebenarnya, tp ini kita gulungkan dia macam popia yaa...hehe, potong n ngap! Makan dengan sos cili pun ok.

EGG HODASHI
(sumber Majalah SAJI)
Bahan:- (akak adjust ikut stok yg ada)
  • 4 - 5 biji telor - pukul sikit, letak garam dan buat telor dadar nipis. (akak dapat 2 keping)
  • 50 gm bawang besar (didadu - akak letak 1 biji)
  • 2 ulas bawang putih (cincang)
  • 20 gm daun bawang (akak letak kucai, tu je dlm stok)
  • 20 gm taugeh (akak letak kobis dihiris halus)
  • sedikit lobak parut (ni akak tambah)
  • 20 gram cili merah (akak letak 2 biji)
  • 20 gm lada benggala merah (akak x letak)
  • 20 gm lada benggala hijau (akak xda, letak cili hijau 1 btg)
  • 10 gm lada sulah (1 sk)
  • 30 gm isi udang ( hiris kecil2)
  • 30 gm isi ayam (akak tukar crabstick - potong kecil2)
  • 1 sk serbuk kari ikan
  • garam secukup rasa
  • sedikit gula (akak x letak)

Cara-Cara:-

  1. Panaskan sedikit minyak dalam pan, tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
  2. Masukkan isi ayam (akak letak crabstick) dan isi udang. Kacau seketika.
  3. Masukkan serbuk kari ikan dan lada sulah.
  4. Masukkan kesemua bahan sayur tadi dan hingga rata dan 3/4 masak.
  5. Perasakan dengan garam dan tutup api.
  6. Letakkan bahan ke atas sekeping telor dadar dan gulung telor seperti kuih ketayap.
  7. Buat hingga habis. Potong serong atau ikut suka. Hidangkan dalam pinggan. Boleh dimakan begitu saja atau dengan nasi putih. Selamat Mencuba!!

3 comments:

  1. Ummi....I likeeeee....lagi sempoi lagi I likeeeee!!!

    ReplyDelete
  2. mcm popia gak lah yer..tp ni lebih berkhasiat..mesti lagi sedap...

    ReplyDelete
  3. sedap..sedap.. stok telur banyak kat dapur. cuma malas jer nak masak2 hehehe

    ReplyDelete