Tuesday, March 23, 2010

Kuih Kasturi a.k.a Kuih Rengas

Ni salah satu favourite akak nih...Ada orang panggil kuih kasturi, ada panggil kuih rengas ada panggil kuih kacang hijau...apa2 aje laahh...Sebenarnya ni lebihan dari kacang hijau + kelapa untuk inti pau semalam...so akak panaskan sikit inti tu sekejap then terus masukkan sedikit saja tepung gandum then kepal2, celup adunan untuk digoreng...hehee...Buat makan bekfes pagi semalam dengan pau sekali...hehe..Akak hanya guna resepi untuk gorengan saja dari Kak Liza's FP ni....Untuk adunan kacang hijau tu akak dah adjust dari inti untuk pau akak tu yaa...Tapi akak letak je ler resepi kuih kasturi Kak Liza ni sekali kat sini yaa...Kak Liza, izin C n P yaa...

KUIH KASTURI @ KUIH RENGAS

Bahan:-
  • 1 cawan kacang hijau [rendamkan beberapa jam]
  • air secukupnya untuk merebus
  • 1/2 cawan gula pasir (ikut suka manisnya)
  • 3 s/b kelapa parut muda [putih sajaha]
  • 3 s/b tepung gandum

Bahan Batter [Gorengan]

  • 1 cawan tepung beras
  • 1 s/b tepung jagung
  • 1 s/k kunyit serbuk
  • 1/2 s/k air kapur
  • air secukupnya
  • sedikit garam
  • minyak utk menggoreng

Cara-Cara:

  1. Kacang hijau direbuskan sehingga kacang hijau tu pecah/lembut dan kering airnya. [Jangan sampai hangus..nanti tak sedap]
  2. Masukkan kelapa, gula dan tepung gandum. Kacau sebati dan sejukkan.
  3. Ambil adunan sedikit dan bentukkan saperti bebola. Leperkan.
  4. Bancuhkan bahan batter [gorengan] untuk celupkan adunan kueh kacang.
  5. Panaskan minyak dan gorengkan kueh kacang yg telah dicelupkan dgn bahan batter [gorengan] sehingga kuning keemasan.
  6. Sejukkan dan hidangkan.

5 comments:

  1. Salam Kak Ummi,
    Akak sihat? kite mai curi2 makan kuih rengas ni malam2... hehe... nak makan lauk2 kuih2 kat bawah nun rasa dah abes tue... :D

    ReplyDelete
  2. salam cayang k.ummi... bak mai cucuq kacang nih 3 ketui.. habuan kami 3 beranak sorang satu.. hehehehe..

    pss: amboiii... berkilatttt aihhh kacang akak tuhhh... bersilau2 kamera tu nk snap tuuu.. heehehehe

    ReplyDelete
  3. Kak Ummi,
    Kuih kacang2 ni memang faveret Cath... Dah lama Cath x jamah Kuih Kasturi... Pada pendapat Cath, kuih ni susah nak cari kat gerai..

    ReplyDelete
  4. Kak Umi..
    Ni kuih favorite saya ni kalau nak breakfast. Tapi kak Umi ada tak petua nak bagi kulit dia ni tetap rangup walaupun dah sejuk?

    ReplyDelete
  5. kesukaan juga nie..tapi tak pandai buat.Selalunya arwah tok yang buat..

    ReplyDelete