Tuesday, October 6, 2009

Tortilla Lapis Tuna Mayonis

Ni lah bekfes untuk orang yang tengah MC hari ni...peritnya la tekak...badan pun baru je nak kebah...jadi dah telan ubat tadi, baru sedap sikit berpeluh badan...Kebetulan buat bekal jugak untuk Aiman ke sekolah ni...

TORTILLA LAPIS TUNA MAYONIS
Resepi: Ummi @ HomeSweetHome

Bahan:-
  • 4 keping tortilla
  • 1 tin tuna (Mild)
  • 1 labu bawang besar ( dicincang dadu)
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 2 biji telor
  • 1 sudu besar cili kering kisar
  • sedikit serbuk lada hitam
  • sedikit serbuk lada sulah
  • garam secukup rasa
  • sedikit sos mayonis
  • daun sup dan daun bawang - dihiris2

Cara-Cara:-

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan lada hitam dan lada sulah, kacau.
  3. Masukkan tuna dan sedikit garam. Kacau rata-rata.
  4. Tolakkan tuna tadi ke tepi kuali dan tuangkan telor dalam kuali yang sama. Biarkan telor sedikit masak. Kemudian baru dikacau2 bersama tuna.
  5. Masukkan daun sup dan daun bawang...kacau. Angkat dan sejukkan sebentar.
  6. Ambil sekeping tortilla dan letak dalam kuali leper. Letakkan bahagian atasnya dengan 1/3 tuna tadi, ratakan dan paipkan mayonis.
  7. Letak 1 keping tortilla lain di atasnya dan letak lagi 1/3 tuna dan ratakan dan paipkan mayonis.
  8. Buat hingga habis dan diakhiri dengan tortilla di bahagian atas sekali.
  9. Nyalakan api keciiiiill jeek...biarkan sebentar tortilla dalam 2 -3 minit. Kemudian terbalikkan perlahan2 tortilla dan biar lg atas api perlahan 2 - 3 minit lg. Tutup api.
  10. Potong tuna bila menghidang.....nyum, nyum..kenyangggg..

4 comments:

  1. wahh...sedapnya kak. ni style kebab la ni.cuma dimatsallehkan je.hihi

    ReplyDelete
  2. mak ai, demam buat ni. memang grand.

    ReplyDelete
  3. salam ummi...tabik springg cm kt ummi ni..dalam demam tu dapat masak tu...caya la...semoga cepat baik ya

    ReplyDelete
  4. Rajinnya kak Ummi...tak sihat pun bfastnya vouge....looks yummylicious...take care kak..hope you feeling better soon

    ReplyDelete