Saturday, September 5, 2009

Ayam Goreng Mamak

Ni lawan dengan nasi lemak hijo kat bawah tu...Resepi dari dapur Chef Hanieliza yang tengah bz sekarang menyiapkan projek buku masakannya..Kelmarin Kak Liza call Ummi borak panjang dan bagitau dia tengah bz teruskan projek kuih-kuih minum petang pulak sekarang ni untuk buku seterusnya...Moga Kak Liza sukses dan berjaya menyiapkan baki buku2 masakannya nnti..Okay..ni resepi ayam yang sempoiii n sodaaappp!! Thanks Kak Liza!
Bahan:-
  • 1 ekor ayam (dipotong ikut suka dan bersihkan)
  • 1 s/b rempah kari ayam/daging
  • 1 s/b lada sulah
  • 1 s/k serbuk kunyit
  • daun kari
  • garam
  • minyak

Bahan Mesin:-

  • 3 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 5 tangkai cili kering
  • 1 inci halia

Cara-Cara:-

  1. Gaulkan ayam dengan semua bahan kecuali minyak.
  2. Perapkan selama 1/2 jam.
  3. Panaskan minyak yang banyak dan gorengkan ayam.
  4. Bila nampak kuning keemasan dan masak, angkat dan toskan minyak..Siap untuk dihidang.

2 comments:

  1. Ummi....

    Kesian ye mamak tu... dia kena goreng baikkk punya dengan ayam..
    Hihihi...ampun Ummi ampun... melawak je!

    ReplyDelete
  2. MamaFaMi -
    Wakakaaa...ada je mama nih! Yo la eh..sian dia kena goreng dek ayam tuh..mmg lawak mama nih...kah kah kah..(*guling2 gelak nih)

    ReplyDelete