Wednesday, July 29, 2009

Milk Shake Chocolate

Meh segarkan tekak dengan milk shake chocolate nih!!! Sungguh sedap...x terkata...gabungan bahan yang memang serasi...sekejap je licin..my kids tibai sekelip mata je...Resepi ambik dari TryMasak.com tu...

Bahan:-

  • 5 cawan susu segar
  • 7 keping biskut coklat krim (*akak guna Oreo)
  • 4 skop aiskrim vanila
  • 1 cawan coklat cair (*akak guna Hershey's Syrup)
  • 2 sudu besar whipping cream

Cara Menyedia:-

  1. Patah-patahkan biskut coklat dan kisar sehingga hancur.
  2. Kemudian masukkan kesemua ke dalam pengisar - aiskrim, coklat, krim putar, susu dan juga kisaran biskut tadi.
  3. Kisar sebati semua bahan. Tuangkan ke dalam gelas.
  4. Biarkan sebentar hingga milk shake ni akan nampak terbahagi dua dengan sendirinya di dalam gelas. (*akak letak lagi 1 skop aiskrim sebelum slurrrpppp...aaahhhh, nyamannya...)

3 comments:

  1. Sangat kaya dgn cekelat tue kak Ummi... sedapnye... tak payah blend dgn ais ye kak...?

    ReplyDelete
  2. Adieniez Aida -
    Aah laa...mmg sodapp giloosss..hehe

    Ijan -
    Sedap sesangat Ijan..x payah letak ais pun xpa..sebab susu cair dan aiskrim dah sejuk... :D, xpun biar je dlm fridge sekejap sementara ia terbahagi dua gitu..

    ReplyDelete