Wednesday, July 29, 2009

Baby Kailan With Oyster Soy Sauces

Dua tiga hari ni badan cam lomah yooo....macam x cukup rest je...rasanya sejak sebulan ni hampir every weekend xduk rumah...ada je hal, dari hantar my dottter ke Segamat aritu..pastu next weekend ada fmly adik datang rumah pulak..then pergi KL, pastu weekend baru ni balik kenduri cousin lak kat Temerloh..alahaiii, penat betul rasa...masak sempoi2 je laaa...baru malam tadi start masak sebab ada anak2 dara balik ke rumah...Najwa kena balik sebab Uitm Segamat pun kena tutup 1 week coz of H1N1 tu...Najiha kebetulan memang tengah semester break for 1 week gak...Malam kelmarin Najwa tepon Pizza Hut je suh anta ke rumah, akak ikut je laaa..dia sian kat akak katanya..Meh la layan menu malam tadi...akak masak ikan sambal dan wat sayur kailan ni...Resepi dari dapur geng intenet gak, rasanya Kak Tun (lupa lak addressnya, nnt akak cari balik), thanks eh..
Bahan:-
  • 6 batang pokok baby kailan
  • 2 ulas bawang putih - dicincang
  • 3 hiris halia - dicincang
  • 3 sdb. kicap manis
  • 1 sdb. kicap masin (kalu xde, boleh masukkan garam)
  • 1 sdb. nampla sauce (optional)
  • 2 sdb. sos tiram
  • 1 sdk. tepung jagung (bancuh dengan 3 sdb. air)
  • 1/3 cawan air (jika nak banyak kuah, boleh tambah)
  • 1/4 batang karot (hiris memanjang)
  • sedikit minyak masak

Cara Memasak:-

  1. Cuci sayur kailan dan potong sedikit pangkalnya. Kemudian jerang air dalam periuk dan tambah 1 sudu besar minyak masak, biarkan mendidih.
  2. Susun baby kailan dalam penyejat aluminium dan masukkan dalam air mendidih. Bila daunnya agak layu, celupkan bahagian batangnya lebih lama sikit (biar masak sekata). Masukkan karot beberapa saat dan angkat. Celur asing2 karot dan kailan tadi.
  3. Setelah masak, angkat dan masukkan ke dalam air sejuk sekejap. Kemudian toskan. Susun dalam pinggan.
  4. Tumis bahan cincang dengan sedikit minyak hingga berubah warna dan naik bau.
  5. Masukkan sedikit air, kicap manis, sos tiram, kicap masin dan sos nampla. Kacau seketika.
  6. Bila mendidih, masukkan air tepung jagung dan rasa masin manisnya. (tak perlu tambah garam sebab sudah seimbang dengan gabungan pelbagai sos tadi).
  7. Kemudian tuangkan ke atas sayur kailan yang disusun tadi. Siap dihidang.

5 comments:

  1. Makan dengan nasi panas, ikan goreng garing sedap nih!

    ReplyDelete
  2. Sedapnya.... iskh... tergodalah boleh buat utk buka puasa nanti....

    ReplyDelete
  3. sedap la!!! saya rajin gak buat tp lg ringkas resipinya.

    ReplyDelete
  4. ain... sama ler kita.
    aida selalu gaks buat.
    kuah nyer hanya --> tepung jagung, sos tiram, air , bwg putih (hiris & tumis), bwg besar (hiris). curah atas kailan / pakchoy.

    ReplyDelete
  5. Mamafami -
    Aah laaa..makan dgn ikan goreng mmg best..tp ummi x suka ikan goreng yg garing sgt..lembab2 sikit.. :D

    Amoza -
    Ngeeee..byk lah makan nasi berbuka nnt yaaa..

    Ain -
    Oo kalau ada yg lg ringkas, lg akak suka..leh share?

    Adianiez -
    Ooo..leh la try jugak nnt..btw, sila try yg ni pun, mmg "kick"!

    ReplyDelete