Semalam akak masak nasi halia kuning makan dengan ayam masak merah ni dari buku resepi Chef Hanieliza lagi...hehe...sempoi dan menyelerakan...Meh tgk resepi terus laaa...
Bahan A:-
- 1 ekor ayam
- 1 labu bwang besar (dipotong gelang)
- 2 sudu besar sos tomato
- minyak masak
- garam dan gula secukup rasa
- serbuk kunyit
Bahan B (dikisar):-
- 15 tangkai cili kering
- 3 cm halia
- 3 ulas bawang putih
- 1 labu bawang besar
- 2 batang serai
- 4 biji tomato
Cara Memasak:-
- Ayam dipotong kecil dan dibersihkan. Kemudian gaulkan dengan kunyit dan garam. Gorengkan hingga masak. Angkat dan ketepikan.
- Panaskan minyak di dalam kuali, tumiskan bahan yang dikisar hingga garing dan naik minyak.
- Masukkan ayam tadi, bawang besar, garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
- Gaulkan ayam dengan bahan lada hingga rata.
- Hidangkan.
*Tips K.Liza - bagi mengatasi masalah pedih mata ketika mengupas bawang, simpan bawang yang hendak dikupas di dalam peti sejuk selama beberapa jam sebelum digunakan. Bawang juga lebih mudah dan cepat dipotong selepas dikeluarkan dari peti sejuk.
sedapnya.
ReplyDeleteyg sos tuh..nk boh bler...hehe...
ReplyDeletemmmm Alhamdulillah... sedap.. anak saya suka...
ReplyDeleteTerima kasih, dah berjaya buat tghhari tadi.. Cuba saya tercampur sos cili & sos tomota.. adoss!! tak perasaan..
ReplyDeleteAlmaklumlah jarang ke dapur katakan.. heee..
Tapi walau apa pun Terima Kasih kerana sudi kongsi resepi.. ;)