Tuesday, June 2, 2009

Coleslaw

Kali ni akak try resepi coleslaw dari Kak Liza pulak untuk makan dengan ayam panggang berempah kat atas tuh! Masa tengah prepare ni, perut memang lapor giler daahhh..racik sayur pun kasar2 gitu..heheee..x kiralah..semua dalam rumah ada gigi yang kuat pun setakat nk kunyah coleslaw ni...heh, heh..

Bahan:-
  • 1 biji kobis kecil - racik halus
  • 1 batang karot - racik halus
  • 1 cawan mayonis (akak guna Lady's Choice Real Mayonnaise)
  • 2 sb. air sejuk
  • 1 sk. serbuk lada hitam
  • 1 sb. jus limau kasturi/lemon
Cara-Cara:-
Campurkan semua bahan2 sos dan masukkan sayuran, gaul semua bahan hingga rata dan sebati. Sejukkan di dalam fridge 2 - 3 jam.

No comments:

Post a Comment