Tuesday, June 30, 2009

Kek Marie Batik - Favourite Anak-Anak

Ni entry ulangtayang jek..dah beberapa kali buat...Baru ni buat untuk bekal abanglong ke U dan Najiha kat hostel tu..Resepi akak turun-temurun dah buat, dari anak2 kecil dan sekolah lagi sampai skrg ni...favourite diaorang..kalau akak beli jek kek marie batik kat orang lain, memang diaorang x layan pun, kalau makan diaorang cakap lain je rasa...agaknya dah kena air tangan akak dengan resepi ni dan ngam dengan tekak diaorang la kan..x tau la sedap ke x kat tekak orang lain..apapun kalau nak try, akak tepek resepi semula kat sini eh...

Bahan-bahan:
  • 500 gm biskut marie - patah 4
  • 250 gm butter
  • 4 biji telor gred A - pukul sikit
  • 3/4 tin kecil susu pekat manis**(bole juga 1/2 cwn susu + 1/4 cwn gula)
  • (boleh rasa dan agak2 ikut tekak masing-masing bila campur sume)
  • 1/4 cawan serbuk koko
  • 1/4 cawan air
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu kecil nescafe
Cara Membuat:-
  1. Campurkan sume bahan kecuali biskut ke dalam kuali. Masak atas api perlahan hingga sikit pekat dan berkilat. Tutup api.
  2. Cepat-cepat masukkan biskut. Gaul rata-rata.
  3. Tekan dalam loyang yang telah digriskan dengan sedikit butter terlebih dahulu.
  4. Masukkan dalam fridge. Bila nak makan keluarkan lebihkurang 1/2 jam, baru dipotong.

Pau (Resepi III)

Malam Sabtu kelmarin akak buat pau ni sebab tergoda tengok Jun tayang kat dapur dia baru2 ni..Resepi sape, Jun x ingat daahh..hehe..Akak memang malas betul nak nguli..kalu dekat dengan Jun, mesti dah hulur pinggan jek..Tapi gagahkan jugak buat. Ni buat sarapan pagi Ahad tu dan bekal jugak kat abanglong masa hantar daftar U hari tu..Thanks Jun, senang dan sedap...lembut ala-ala Pau Ahmad camtu..sapa x buat lg baik try cepat..Jun, Ummi copy-paste je yaa..
Bahan:- (lebihkurang 20 biji)
  • *12gm yis
  • *2 sudu besar n tambah sket lagi air (akak letak 3 sudu besar - bahan * dibancuh bersama)
  • 500gm tepung pau/hong kong flour
  • 4 sudu teh double action baking powder
  • 1/2 sudu teh garam
  • 220ml air
  • 6 sudu besar gula
  • 5 sudu besar shortening
  • Inti kesukaan - akak letak inti kacang merah
Cara-Cara:-
  1. Campurkan yis dan air, kacau. Biar selama 15min.
  2. Ayak tepung dan double action baking powder.
  3. Masukkan garam n gula, gaul rata. Buat lubang di bahagian tengahnya.
  4. Letak campuran yis tadi n gaul rata.
  5. Masukkan air dan gaul rata.
  6. Masukkan shortening n uli hingga jd doh yang licin dan tidak lekit di tangan. Tutup n perap selama 1-1 1/2 jam.
  7. Kemudian keluarkan adunan dan tumbuk2 dan uli sebentar.
  8. Ambik doh, letak inti dan bulatkan. Letak atas kertas minyak yang dipotong kecil2...rehatkan selama 15min.
  9. Kukus selama 12-15 minit. (*akak balut tutup pengukus dengan kitchen towel untuk mengelakkan wap dari terkena pau)

Monday, June 29, 2009

Sesi Pendaftaran Abanglong Ke UMP

Semalam (Ahad) akak n family telah menghantar abanglong (Amirul Hazmi) ke UMP untuk mendaftar masuk Program Ijazah Sarjana Muda pulak setelah menghabiskan program Matrikulasi sebelum ni. Nasib baik lah dapat dekat je, lebih kurang 20 minit je dari rumah akak di Kuantan ke UMP yang terletak berhampiran Exit Tol Gambang ni...sampai di sana jam 9.00 pagi dan siap akak hantar ke bilik penginapan lebihkurang jam 3.00 petang....uiiihhh penatnya menunggu, punyalah lama..bab saringan Influenza H1N1 tu laa yang paling lama sekali...pelajar yang mendaftar pun akak x pasti, rasanya lebih 500 pelajar.
Walaupun abanglong mula-mula dulu merungut jugak sebab dapat dekat sangat, tp bila difikirkan balik untung sangat2 rasanya...syukur alhamdulillah dan abanglong pun rasa lega...Akak ada jugak berborak dengan family lain, ada dari Tanah Merah Kelantan, dari Kulim Kedah dan Nibong Tebal, Penang tu...kesiannya ada yang duk tidor je kat kaki lima bangunan sementara tunggu anak2 siap mendaftar...ada yang bertolak jam 2 pagi laa..uiiihhh kesian kan? Kalau parents yang bekerja, kena bercuti 1 - 2 hari gak la nak travelling..belum masuk duit minyak, duit penginapan, makan minum segala....akak rasa sangat beruntung..xpun sakan bercuti dan prepare duit belanja segala..Itu belum masuk duit yuran daftar kurang sikit je RM2000..tak termasuk belanja keperluan lain...alhamdulillah segalanya dipermudahkan dan rezeki anak akak laa...
Abanglong sedang mengisi borang yang diperlukan, termasuk Borang Saringan Influenza H1N1.

Sebahagian yang sedang menunggu giliran...

Hubby duk baca news je laa...xpun harus dia tertidur duduk saja camtu...hehe

Jam 11.00 pagi, akak n hubby dengar taklimat dan sesi soal jawab untuk parents..

Selesai je sesi pendaftaran jam 2.15 petang..baru la cari makan kat expo di tapak U...dah terpaksa duk tepi longkang pulak laaa, gerai penuh belaka...sian kan??? Dah la panas terik cuaca tau..nasi pun banyak dah habis..beli aje la apa yang ada..

Aiman pun bukan main lapar lagi...tibaii mee goreng dengan telor mata kerbau jek!




Ni bekal yang sempat akak masak hari Sabtu malam tu...pau, kek marie batik dan kek coklat kukus. 1 bekas untuk abanglong dan 1 bekas lagi kitaorang hantar kat Najiha di hostelnya pagi Ahad tu sebelum bertolak ke UMP...sempatlah Najiha jumpa abanglong dulu...

Okay abanglong..selamat maju jaya...!!

Tag and Awards By Linda And Nur



First of all, thanks to Linda and Nur for giving me these awards...so kind...nice of you...Pastu dah sonok2 belek award dari Linda, kena pulak wat tag...huhuuu..memang akak ni boleh tahan bz baru-baru ni, Jumaat malam Sabtu ada family adik singgah tidur kat rumah, pastu adik balik jek, kemas2 rumah segala la pulak..macam2 laaa..Petang Sabtu, bz duk masak2 sikit untuk bekal kat abanglong yang nak melapor diri di UMP dan hantar jugak makanan kat Najiha di hostel tu..Pastu Ahad pagi2 lagi akak n family menghantar abanglong untuk pendaftaran ke U. Xpa laa, akak layan gak la tag nih!...Harap Linda puashati la yaa...


1. Anda sudah mempunyai berapa org anak & nyatakan Girl Or Boy?
  • 4 orang (dah besar2 dah) - 2 hero, 2 heroin

2. Bila perancangan anda untuk menambah anak?

  • Wakaka.., rasanya x larat dah di usia 43 ni (tapi seram gak, sebab ada ramai yang "menjadi" bila waktu2 camni..hehe)

3. Nyatakan nama anak anda & apa makna nama anak anda dlm Islam?

  • Amirul Hazmi (Pemimpin, Tegas) - now dah 20 tahun
  • Najwatul Huda (Bisikan, Petunjuk) - now dah 19 tahun
  • Najiha Elyani (Haruman, Lemah Lembut ) - now dah 18 tahun
  • Aiman Hazwan (Yang Bertuah, Pemberianku) - now dah 11 tahun

4. Siapakah yg memberikan nama anak anda?

  • Yang sulung tu akak n hubby laa...excited sikit la bila anak sulung ni kann..
  • Yang kedua tu adik akak Marziah yang cadang bagi nama tu kebetulan masa tu dia belajar bidang Usuluddin di Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Medan, dia kata bagus maknanya, nak sangat letak nama tu kat anak sedara..hehe
  • Yang ketiga pun akak refer dengan adik akak tu jugak..
  • Yang keempat ni akak n hubby laaa...sama2 cari, sama2 setuju..

5. Dari mana tercetusnya idea memberikan nama anak anda?

  • Biasanya dulu2 refer buku nama-nama dalam Islam tu laa...tp now dengar kata xleh percaya sangat makna kat dalam buku tu..hati-hati bila nak beli buku tu, tengok keluaran mana..hehe, ada putar-belit makna untuk mengelirukan umat Islam ni..

6. Sekiranya anda dikurniakan seorg lagi cahaya mata...apakah nama yg akan anda beri...?

  • X pernah terlintas lagi laaa...rasanya cukuplah yang ada ni..hehe..x sempat nak memikir pun..hehee

7. Berapakah perancangan anak yg anda mahu & nyatakan berapa girl & berapa boy?

  • Mula-mula kahwin dulu x kesah jek berapa orang..tapi bila umur dah meningkat sedikit dan selepas bersalinkan Aiman tu, dah fikir cukuplah 4 orang tu..dah ok rasanya, 2 boys n 2 girls..

8. Bagi yg mempunyai anak lebih dari seorg...nyatakan jaraknya beza umur anak anda?

  • Tengok kat soalan nombor 3 tu eh..

9. Untuk kelahiran anak anda yg akan datang..anda nak Girl @ Boy?? Nyatakan sebabnya..

  • Oooppss..ooo..tidaaaakkk...xnak sebut laaa...rasanya cukup dah kot..now duk fikir nak tanggung macam2 keperluan 3 orang dah masuk U tu...memang perit sikit dibuatnya...x mungkin dah la nak beli barang2 baby pulak..hehe..tapi segalanya Allah yang menentukan...kita kena redha laa..

10. Apa ciri2 persamaan anda & anak anda?

  • Wahahaa...kalau yang mengikut ciri akak, rasanya biasa akak dengar orang duk sebut adalah Najiha tu..rupa akak, sekulit akak dan suka merajuk dan mengemas rumah macam akak, tp masak2 belum lg kot, x nampak bayang lg, hehe..Yang ke4 (Aiman) tu kiranya kulit dia je laa ikut akak kot...yang lain banyak ikut hubby, terutama tang hidung tu, memang sesiri, haha..Amirul memang pernah digelar Orlando (dari siri telenovela Secreto D'Amor kat tv3 dulu) oleh geng2 sekolahnya..hehe xtau la tu..sendiri tengok laa eh, dan Najwa pulak sampai sekarang ada member2 akak yang gelar dia Kajol..hahaa..tapi dia suka masak..kemas rumah x suka..hehe

11. Upload gambar anak-anak anda untuk tontonan semua rakan blogger...

Gambar beraya di kampung last year...amacam?? hehee...dah kenal??
12. Nak tag???
  • x la kot...akak stop sini jek, nanti x sempat pulak nak cek jawapan uols...tapi kalau ada yang rajin, silakan eh..

Saturday, June 27, 2009

Honey Panacotta

Dah lama nak buat ni asyik tertangguh je...walaupun senang banget, tp kadang2 terlupa, kdg2 bahan pulak lupa beli...memang ngam sangat bila kena panas2 ni, curah Hershey's Chocolate Syrup dengan madu sekalik...perggghhh kena sejuk2 pulak! Resepi dari Chef Erwan ni akak ambil dari Try Masak. Macam2 resepi ada kat sini..Yang ni akak buat half je dari bahan asal di bawah, tu pun banyak dapat..

Bahan:-
  • 1 liter whipping cream
  • 1 liter susu segar
  • 360 ml madu (akak guna madu asli, so xda la manis sgt)
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 40 gm gelatin

Cara-Cara:-

Hahaaa...paling senang..masuk aja semua bahan ke dalam periuk or sauce pan, didihkan hingga gelatin larut. Pastu tuang je dalam acuan dan sejukkan selama 3 jam..Sedia untuk dihidang. Boleh juga letak manggo atau blueberry atau orange...jangan letak tembikai or durian dah lee..x sesuaiiii...Akak makan dengan chocolate syrup and honey.



Daging Embel Bali

Ni pun lauk dinner dengan masa adik lelaki akak singgah rumah semalam...Sebenarnya tengahari semalam macam biasa lah hari Jumaat, waktu rehat lama sikit, so akak sempatlah sediakan bahan dan rebus daging ni sampai empuk...tapi proses daging ni x habis sampai situ jek. Kena goreng pulak, jadi balik kerja petang semalam, akak just goreng je laaa...memang remeh sikit nk buat tp, walllaaaaahhh..Resepi asal dari Mami Asmah Laili tapi akak ceduk dari dapur teruna kat Kulai tu laaa...hehee..sapa lg Mat Gebu leee, betullah kata ko, "mintak ampuuunnn, sedaaappp!!!"...Ala-ala satay pun ada, ala-ala daging BBQ pun ada...

Bahan:-
  • 1 kg. daging batang pinang - hiris nipis lebar2, cuci dan toskan (akak guna bahagian daging biasa je, hiris kecil sikit, senang nk ngap! )
  • 4 helai daun limau purut
  • 3 helai daun salam (akak guna dried bay leaf)
  • 2 batang serai, dititik
  • 1 camca besar gula melaka (akak letak separuh gula kabung)
  • garam secukup rasa
Bahan dikisar halus:
  • 8 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 1/2 inci lengkuas
  • 2 1/2 camca besar ketumbar biji
  • 1 camca besar jintan manis
  • 1/2 camca besar lada hitam biji
  • 1 inci kunyit hidup
  • 4 biji buah keras
Cara Memasak:-
  1. Masukkan daging ke dalam periuk, tuangkan bahan-bahan kisar, gaul rata dan masukkan juga serai, daun salam/bay leaf dan daun limau purut. Tambah air hingga separas daging. Masak hinga mendidih.
  2. Masukkan garam secukupnya (jangan banyak2) dan rebus hingga daging lembut.
  3. Masukkan pula gula melaka dan masak lagi dengan api perlahan hingga kuah kering (seakan-akan rendang). Alihkan ke dalam bekas dan biarkan daging sejuk.
  4. UNTUK MENGHIDANG : Oleskan sedikit minyak dalam non-stick pan, goreng daging tadi hingga kedua-dua bahagian menjadi kekuningan (bergantung kepada kuantiti, Mat goreng 7 - 8 keping sekali).
  5. Angkat dan hidangkan segera bersama nasi hangat dan sambal belacan.

Sayur Lemak Taugeh Dengan Sotong

Semalam adik lelaki akak Syahrizal singgah rumah dari bercuti ke Dungun..so akak balik kerja masak sempoi2 je...x sempat sangat nak beria2...sori la ya Jan..Lama x buat sayur lemak taugeh dengan sotong nih..memang best..manis sotong tu terasa jek! Xyah resepi la eh..semua tau nak buat sayur camni..hehe..Masak je santan dengan bawang merah, bawang putih, cili merah dan tauhu yang dihiris bersama dengan sotong...kacau dan bila mendidih letak le sayur n garam secukup rasa..masak sekejap, dah! Boleh jugak nak tambah daun kucai, akak letak carrot sikit.

Thursday, June 25, 2009

Masam Manis Udang Dengan Tofu

Semalam hubby outstation sekejap ke Rompin, jadi on the way balik dia singgah beli udang kat bandar Pekan pulak..cantik2nya udang..fresh baru naik dari laut ni...So jadi lauk dinner malam tadi...Tapi punya mati akal dah nak masak apa..last-last selongkar dapur Mat Gebu jugak..hehe..sebab sempoi dan nampak sedap, akak suka la nak masaknya puuun..thanks Mat, akak tambah timun sikit n nak C & P je ni eh..punya la malas nak menaip dah ni...letih jari dah seharian duk kat keyboard di ofis..hehee....Memang sodaappp ni..try laa..
BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 10 - 12 ekor udang sederhana besar (mat guna udang "kaki merah" - x perasan pulak kaki udang byk kaler ya Mat..hehe)
  • 2 tiub tofu jepun
  • 2 biji bawang besar, hiris bulat2
  • ulas bawang putih, hiris halus
  • 1 biji tomato, belah 8
  • 2 camca besar cili kisar
  • 1/2 cawan sos cili thai
  • 1/4 cawan sos tomato
  • 1/2 camca teh minyak bijan
  • 1/2 batang timun - buang tengahnya dan potong dadu (ni akak tambah)
  • Sedikit garam, jika perlu

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Udang dibersihkan, gunting kaki, janggut dan hujung kepala yang tajam, korek keluar kotoran di kepala udang, cuci bersih dan gaul dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Goreng hingga kemerahan, angkat dan toskan.
  2. Tofu jepun dipotong sederhana tebal, goreng hingga berkulit, angkat dan toskan.
  3. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu.
  4. Masukkan cili kisar dan masak hingga garing, tambah sos cili thai, sos tomato dan minyak bijan, gaul rata.
  5. Tambah air dan masukkan timun, kacau. Kemudian masukkan udang dan tofu tadi, gaul rata dan masukkan tomato, masak hingga kuah pekat. Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam.
  6. Alihkan ke dalam bekas sesuai dan boleh dihidangkan segera.

Apple Crumble

Actually akak buat ni balik kerja petang Selasa kelmarin...dinner sempoi je dengan nasi goreng, jadi sempatlah buat apple crumble ni..sambar resepi dari dapur Zana tu...akak mintak izin C&P je la ya Zana..thanks..senang dan sedap..my kids suka..
Bahan A:
  • 4 - 5 biji epal merah.. kupas kulit n potong dadu
  • 1/2 cwn brown sugar..gula castor pun boleh.. (agak manis, next time kena kurangkn sikit)
  • 1/2 cwn kismis..ikut suka
  • sedikit serbuk kayu manis..boh klau suka
Bahan B:
  • 1 1/2 cwn tepung gandum
  • 1/2 cwn gula castor
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik
  • 150 gm butter pd suhu bilik
Untuk Tabur: Hirisan badam/kekacang.. ikut suka (akak letak badam hancur)
Cara Menyediakan:-
  1. Satukan semua bahan A gaul rata n masukkan dalam loyang pembakar.
  2. Satukan kesemua bahan B kecuali badam. Gaul dan ramaskan dengan hujung jari sampai jadi seperti serbuk roti.
  3. Taburkan adunan tepung tadi ke atas apple. Jangan ditekan. Taburkan hirisan badam .
  4. Bakar pada suhu 180C +/- 40 minit sehingga adunan tepung nampak keperangan.
Panasss keluar dari oven..comot sikit crumble lekat pada caserol akak nih..

Wednesday, June 24, 2009

Rendang Ayam Ala Kampung

Ni saja nak tayang rendang yang dah licin..akak masak masa gathering dengan family abang n adik2 weekend baru ni...semua bukak mata, amik bau je ehh..pandang lama2 dan telan je la air liur...ada rasa rendang x? Ish, x baik akak ni kaann, ampun eh...Dah pernah masak ni dulu, resepi asal dari Koleksi Masakan Noris...sapa nak resepi sila rujuk Sini yaa...sedap gilosss niii..betuiiii

One Lovely Blog Award Dari Hana, Japan

Hanaaaaaa...thanks a lot...muaaahh, muaaahh, muaaahhh... atas award yang cantik nih, bunga dalam cawan tu mmg menarik..! What a lovely combination colours...jeeeezzzz nice!!! So akak nk panjangkan award ni kepada semua adik2 (or kakak2, ada ke..?) yang selalu jenguk sini...silalah amik yaa...jangan segan..akak x sempat nak mention semua..

Tuesday, June 23, 2009

Dark Chocolate Pudding With Custard Sauce

Okayyy ni antara dessert yang akak sediakan masa adik akak baru sampai ke rumah akak Jumaat lepas...kira jamu mata je la yaa...Memang sedap!!! Nak buat pun senang...tu la pasaiiiii..heheee....Ni je yang tinggal dan sempat akak snap gambar..yang lain dah kena telan...Resepi dari Denhaag Ladies ni...so akak translate la yaaa...Cuma bahan sos kastad tu akak buat je dari resepi Kak Liza..adjust2 sikit..
Bahan:-
  • 3 sb. tepung jagung
  • 3 sb. gula kastor
  • 2 sb. serbuk koko
  • 1 cawan semi-sweet chocolate chips
  • 2 cawan susu skim (*akak guna je fresh milk)
  • 1 sk. esen vanila

Cara-Cara:-

  1. Campurkan tepung jagung, serbuk koko dan gula dalam periuk/saucepan. Gaul biar rata.
  2. Masukkan susu skim, chocolate chips dan kacau hingga rata.
  3. Letakkan periuk/saucepan atas api perlahan dan kacau selalu hingga bahan mendidih.
  4. Perlahankan lagi api dan kacau2 selalu selama 3 - 4 minit lagi atau hingga adunan nampak pekat sikit dan berkilat.
  5. Masukkan esen vanila dan kacau. Tutup api.
  6. Tuangkan adunan ke dalam bekas2 pudding kecil atau custard cups. Boleh dihidang suam2 atau sejukkan dalam fridge selama 2 jam.
Bahan Sos Kastad:-
  • 1/2 tin susu cair
  • 1 sudu besar kastad
  • 1 sudu besar gula (optional)
  • 1 sk esen vanila

Campurkan kesemua bahan dan kacau rata dulu. Masak atas api perlahan sambil dikacau hingga agak pekat. Sejukkan dan tuang atas pudding sebelum makan.

Butter Prawn (Resepi II)

Ni masakan weekend baru ni masa adik akak datang..Akak masak kari ayam (lupa nk snap gambar laa..) macam biasa2 tu laa..Hubby beli udang suruh masak goreng2 je...so akak buat butter prawn...Kali ni akak ceduk dari dapur Nor tu, resepi asal oleh Nita ...terliur je tengok Nor tayang butter prawn nih! Nor, akak nk kopipes je ya...mintak halal and thanks...
Bahan:-
  • 12 ekor udang saiz besar
  • 2 sudu butter
  • 3 biji kuning telur ~ K.Nor guna 2 bj sahaja
  • sedikit daun kari
  • sedikit cili padi
  • serbuk kunyit & garam
  • minyak utk menggoreng
Cara-Cara:-
  1. Lumur serbuk kunyit & garam kat udang. Goreng sehingga masak.
  2. Bila udang hampir masak tu, masukkan daun kari & cili padi.Gaul seketika sebelom diangkat. Bila dah masak,ketepikan.
  3. Dengan menggunakan minyak yg sama, biarkan minyak dikuali anggaran dlm 1/2 cawan cenggitu.
  4. Panaskan minyak dan masukkan butter. Biarkan butter cair & minyak betul2 panas.
  5. Sementara tu,kacau2 telur bagi rata dan masukkan telur kuning dalam bekas roti jala.
  6. Matikan api bila minyak tu panas2. Dengan menggunakan 2 tangan, tgn kiri pegang telur kuning ..tgn kanan pegang garfu...tuang perlahan2 telur sambil tgn kanan mengacau dlm bentuk pusingan. Biar dia bertali2.
  7. Kemudian bila dah selesai, angkat telur tu dah buh dlm tapis utk membuang minyak berlebihan.
Tips:-
# K.Nor guna acu jala gak, tp kuning telur ni kan dia pekat skit dan acu jala K.Nor tu yg stail lama (tembaga) dan lubang dia kecik jd K.Nor tambahkan sedikit putih telur utk mencairkannya cuba tuang dulu dlm bekas lain, kalau boleh keluar dgn elok tak perlu tambah lg putih telur tu, tp kalau masih payah nak keluar, tambah sikit lg putih telur.
# boleh aje nak kacau telur tu dgn garfu atau chopstick, terpulang, tp kena sentiasa mengacau sehingga telur habis dituangkan
# buangkan tali pusat telur, kalau tak lubang acu roti jala mudah tersumbat yg menyebabkan telur payah nak turun
# jgn menggoreng telur dlm minyak yg sedikit, nanti tak jd cantik jurai2 dia..

Monday, June 22, 2009

Birthday Celebration and Gathering - Sungguh Seronok..

Salam semua...apa khabar? How's ur weekend? Kali ni saja akak nk share aktiviti hujung minggu baru ni..kebetulan family adik akak yang duk di Gombak turun ke Kuantan ni..jadi petang Sabtu kitaorang ambil kesempatan celebrate birthday untuk 3A ni..hehe...semuanya anak2 saudara akak, Aleeya (anak adik lelaki) - 10 Jun, Aidid (anak adik perempuan) - 16 Jun dan Amna (anak abang akak) - 17 Jun...so layaaannnn...macam2 kerenah..Kitaorang berarak bawak makanan semua ke Taman Bandar di Indera Mahkota tu..hahaa...situ tempat orang jogging, main kapalterbang control n ada playground for kids...tempat orang main woodball jugak..
Antara juadah yang dibawa...Balik dari pantai pagi tu..terus akak rendam 8 cawan pulut dan sediakan rendang 2 ekor ayam...haaa...macam nak raya la pulak akak memasak rendang dekat 2 jam tunggu kering...hehee...pulut pun banyak sebenarnya...adik ipar akak masak meehoon singapore dan ayam goreng...mini karipap tu stok akak beli dari Puspanita, just goreng je laaa..kakak ipar akak pun bawak nasi la pulak..siap sambal belacan lagi..(xdan nak amik gambar), aiskerim dan macam2 air...hehe, memang terlentang kenyang malam tu lepak2 rumah adik lelaki akak pulak..

Kat bawah ni saja suka-suka la yaaa...hubby ajak ipar-duai lelaki main woodball la pulak...jom testingg!! Just for fun....semua pakai selipar je pun...hahaa

Adik akak, Mohd. Fadzli...first time pegang kayu dan pukul bola ni..hehe

Suami adik akak pun, ngencessss tengok...hahaaa..try jugaaaakkkk...akak pulak bz snap gambar diaorang ni..fun jugak tengok...

Pukul Anuar, jangan x pukul...kasi masuk eh...

Laaahhh budak Aidid ni pun...x mengalah jugak...alahaiiiii, bapaknya duk memukul dia sama sibuk..

Tengok Aidid, duk belakang Pak Ngah dia...sama sibuk je nak pukul bola tu...

Alahaiii Alang, action jer lebih niiiii....boleh masuk ke pukul camtu...hehe

Dan ni peserta wanita kategori remaja, anak akak Najwa pun terasa jugak nak memukul bola tu...apapun diaorang semua seronok main, akak seronok tengok je laaa....

Keletah Haneef Aidid - Anak Saudara Dari Gombak

Baru-baru ni adik akak Saniyah yang duk di Gombak tu datang ke Kuantan bercuti dari Jumaat hingga Ahad baru balik...so akak pun x sempat la nak letak entry or online. Kalau akak pergi KL, di rumah adik akak yang nombor 4 ni lah akak lepak, pastu dia bawak jalan2 cuci mata kat Jalan TAR laa....hehe...tapi bila dia datang akak ajak lepak kat pantai laa...Lepas pekena bekfes kat Restoran Selera Kampung pagi Sabtu tu, kitaorang jalan-jalan la kejap..antaranya cuci mata di Pantai Teluk Chempedak...akak sendiri pun dah lama x kemari..hehe..nama je duk Kuantan..bukan apa, kalau weekend memang ramai kat sini, terutama sebelah petang..Ni kitaorg datang dalam pukul 10 pagi camtu...aman sikit...
Tengoklah orang Gombak jumpa air laut...hehe..Aidid memang excited bila tengok ombak tu memukul pantai dan air laut mencecah kakinya...so layaaannnn...

Adik akak dan suami melayan keletah Aidid ni..dia ni memang x menang tangan kaki kita kalau nak layan...Aidid, cheeeezzzz..

Sonok eh, tengok air laut tu...Aidid x mahu dipegang oleh abahnya...marah2 dia mintak dilepas tangan..hehe

Emmm..cakap apa tu??? Nak apa lah agaknyaa....

Friday, June 19, 2009

Baked Macaroni and Cheese

Semalam kat rumah akak ni x makan nasi laa...akak prepared this baked macaroni n cheese...it's so simple to prepare yet very yummy...so cheesy n so satisfied!!! Akak amik resepi dari Jee ni..

Bahan:-
(A) Macaroni
  • 1/2 paket macaroni - akak guna brand San Remo
  • air secukupnya untuk merebus macaroni
  • sedikit minyak zaitun
  • sedikit garam
(B) Sos Merah:-
  • 1 botol sederhana sos spaghetti Prego ( i used Prego traditional sauce)
  • 1/2 paket (200 gm) daging cincang Ramly
  • hirisan hot dog
  • 2 keping daun bay (akak guna dried bay leaves)
  • sedikit garam (akak tambah ni)
(C) Sos Putih:-
  • 2 sudu besar mentega/minyak zaitun
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 600 ml susu segar
  • 2 - 3 keping sliced cheddar cheese
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
(D) Topping - Mozarella

Cara-Cara:-

(A) Makaroni -
  1. Panaskan air, minyak zaitun dan garam hingga mendidih.
  2. Masukkan macaroni dan rebus hingga empuk.
  3. Angkat dan toskan.
(B) Sos Merah:-
  • Sediakan kuali/periuk. masukkan kesemua bahan dan gaul sebati. Masak hingga mendidih dan daging masak dan agak pekat. Ketepikan dan sejukkan.
(C) Sos Putih:-
  • Panaskan mentega/minyak dengan api perlahan, masukkan tepung gandum dan gaul sebati sekejap.
  • Masukkan susu segar, sliced cheddar cheese dan serbuk lada hitam. Kacau hingga adunan sedikit pekat dan berkilat. Angkat dan ketepikan.
Cara Melapis:-
  1. Masukkan 1 1/2 cawan macaroni ke dalam loyang/casserol tahan panas. Rata-ratakan. (x perlu sapu dengan apa2 minyak/butter pada dasarnya).
  2. Sudukan separuh adunan sos putih ke atas macaroni dan ratakan.
  3. Sendukkan sos merah pula ke atas sos putih tadi.
  4. Taburkan mozarella cheese.
  5. Ulang step 1, 2, 3 dan 4 hingga penuh bekas.
  6. Bakar macaroni pada suhu 160 C selama 35 - 40 minit atau hingga permukaannya nampak keemasan. (Lebih enak dimakan ketika panas atau dihidang suam. Boleh juga dipanaskan dengan microwave sebelum dihidangkan)

Kek Nestum Lemon

Kelmarin try pulak buat kek hasil duk ronda-ronda kat dapur Bro Rozzan tu..Resepi asal dari Puan Betty Saw...macam2 kek ada, rambang mata dan mulut teringin nak merasa...Jadi akak layan kek ni dulu...memang moist dan masa bakar tu sedap bau aroma nestum campur lemon....Cuma kek ni kurang tinggi sebab akak guna round tin ukuran 20 cm..apapun, thanks BR n Puan Betty..! Byk lg nak cilok resepi kat dapur BR tu..

Bahan:- (loyang bulat 18 cm..akak guna 20 cm)
  • 175 gm mentega, didadu
  • 170gm gula halus (castor)
  • Parutan kulit dari sebiji lemon
  • 3 biji telor saiz besar
  • Jus dari 1 biji lemon
  • 100 gm self-raising flour ) diayak
  • 1 sudu teh baking powder ) bersama
  • 55 gm bijirin Nestum
  • 2 - 3 sudu besar susu (akak letak 3 sudu besar fresh milk)
Cara Membuat:-
  1. Gris bahagian tepi dan dasar loyang dan lapis dengan baking sheet ukuran 18 cm.
  2. Pukul mentea dan gula halus hingga ringan dan gebu.
  3. Tambah kulit lemon dan telor sebiji demi sebiji.
  4. Masukkan jus lemon dan kacau rata.
  5. Kemudian masukkan tepung yang diayak bersama-sama bijiran Nestum. Kaup balik rata.
  6. Kemdian masukkan susu secukupnya hingga adunan meleleh dengan mudah dari hujung senduk.
  7. Ceduk adunan ke dalam acuan dan ratakan permukaannya.
  8. Bakar dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 175C selama kira-kira 1 jam hingga 1 jam 10 minit atau hingga kek masak.

Thursday, June 18, 2009

Award Hugs dan Sahabat dari Suzi


Dah lama Suzi kat Adelaide tu suh amik award ni..asyik terlupa je...so hari ni baru teringat...Thanks a lot Suzi for remembering me...nothing much I can say..just love you so much!!!