Thursday, May 21, 2009

Sweet Bread

Kelmarin rasa rajin sikit nak menguli roti...lama dah x buat roti...teruja tgk gambar roti manis ni kat dapur Noreen...gebus semacam, bersarang2 je tekstur dia...alhamdulillah menjadi sangat2 walaupun uli guna BM brand Tangan...hehee..Ummi wat bekfes pagi semalam sebelum ke ofis...tapi x isi apa2 filling pun, ok dah cukup sedap dengan rasa lemak2 manis gitu...Mari adik2, kita menguli..hehe..Noreen, Ummi C & P jek cara2 tu eh..x larat nak taip dah..

Bahan A:-
  • 240 gm tepung roti
  • 60 gm tepung gandum
  • 50 gm gula kastor
  • 10 gm tepung susu
  • 2 camt. yis segera
  • 5 gm garam
Bahan B:-
  • 1 biji telor
  • 150 gm susu segar/air
Bahan C:-
  • 20 gm mentega tanpa garam (unsalted butter)
Topping (optional):-
  • black & white sesame seeds
  • raisins
  • almond flakes
Filling - ikut suka (akak x letak pun)

Cara Membuat:-
  1. Masukkan bahan2 A ke dalam mixing bowl dan gaulkan rata.
  2. Kemudian masukkan pula bahan2 B dan uli sehingga terbentukkan doh.
  3. Selepas itu masukkan mentega dan uli lagi sehingga elastik dan tidak melekat di tangan. semasa menguli doh jangan tambahkan lagi tepung walaupun ianya agak melekit di tangan
  4. Buatkan bentuk bulat doh tadi dan masukkan semula ke dalam mixing bowl dan tutup supaya doh naik dua kali ganda selama 45 min atau 1 jam.
  5. Setelah siap keluarkan doh dan letakkan ke atas papan pencanai dan tumbuk2kan supaya mengeluarkan angin. semasa proses ini bolehlah ditaburkan sedikit tepung tetapi jangan banyak.
  6. Bahagi2kan doh seberat 60gm setiap satu dan bentukkan menjadi bola yang kecil. setelah siap biarkan doh rehat selama 10 min lagi.
  7. Setelah itu isikan doh tadi dengan filling dan tutupkan semula menjadi bentuk bola dan susukan ke dalam loaf pan atau springform pan.
  8. Sapukan permukaan doh dengan telur yang telah dipukul atau dengan susu segar dan kemudian taburkan dengan topping.
  9. Bakar pada suhu 180-190C selama 15-18 min atau sehingga masak dan keperangan.

2 comments:

  1. kalau lah BM cap tgn saya ni rajin, mau gak saya buat. geram tengok, gebus ajeee!!

    ReplyDelete
  2. memang...nampak gebu je roti ni...

    ReplyDelete