Thursday, May 7, 2009

Kuih Lapis Kacang Merah

Sebenarnya sejak malam tadi lagi nak letak posting nih..tapi streamyx meragam jek, agaknya sebab petang semalam kat Kuantan ni hujan ribut dengan langit gelap terus masa jam 5.00 petang sebelum Ummi keluar ofis...ada akak kat ofis tu, x berani nak bawak kereta, hujan lebat dan cuaca gelap sangat2 smpai x leh nampak jalan...Kuih ni Ummi wat selasa malam kelmarin, wat makan pagi semalam...kebetulan x masak sebab, balik kerja 2 3 hari ni mmg lewat, kerja melambak lak tuh, xlarat dah campur malas sekali! Kebetulan Najiha keluar dengan geng2 dia, Ummi fetch diaorang kat East Coast Mall tu dah kul 6 lebih, jadi order dia beli pizza jek...lagilah bebudak ni suka..hehe...

Kuih lapis ni mmg lama dah Ummi plan nak buat, suka sangat2..rebus kacang merah, letak dalam fridge dah semalaman dah..Jadi walaupun x masak lauk-pauk, tangan tetap gatal gak nak masak2...So ummi layan kuih ni...Resepi dari buku Kak Liza yang dia souvenir kat Ummi dulu...Meh pakat-pakat buat, memang mudah, gerenti jadi dan mmg sedap!! hehe..
Bahan A:-
  • 2 cawan santan
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula pasir
  • 2 sudu makan tepung beras
  • 2 sudu makan tepung kastad
  • 1 sudu teh garam
Bahan B:-
  • 1 cawan kacang merah rebus (dikisar kasar2 sikit)
  • 1 cawan air
  • sedikit pewarna merah
Bahan C:-
  • 1/4 cawan air
Cara Membuat:-
  1. Masukkan semua bahan A dalam mangkuk dan kacau sebati.
  2. Tapiskan dan bahagikan adunan kepada dua bahagian.
  3. Satukan bahan B, dan campurkan ke dalam satu bahagian tadi. Kacau rata.
  4. Satu bahagian plain tadi dicampurkan dengan 1/4 cawan air (bahan C) dan gaul rata.
  5. Panaskan loyang bulat dalam kukusan sebentar dan tuangkan 1 senduk bahan B (kacang merah) dan kukus selama 10 minit.
  6. Lapiskan pula satu senduk adunan plain dan kukus selama 8 minit.
  7. Ulangi proses melapis berselang seli hingga habis. (*ummi kukus lapisan terakhir agak lama, lebih kurang 10 - 12 minit).
  8. Angkat dan biar kuih benar2 sejuk dulu, baru dipotong.
Nota: * loyang bulat 8 x 8, xleh wat byk lapisan, boleh guna loyang kecil sedikit next time.
* balut penutup kukusan dengan kitchen towel semasa mengkukus agar air tidak jatuh ke
permukaan kuih.

Ni saja lah nak selit pizza hut yang di"tapau" utk dinner malam tu...hehe..2 regular, 1 botol coke, 2 coeslow n roti...memang boleh licin kalau dapat kat Abanglong, Najiha dan Aiman...(tu xda Najwa tu..xpun x cukup kot) Aiiihhhh...ngam, ngam, sapsoiii..

1 comment:

  1. tak pernah rasa la kak. bak sini sepinggan.pleaseee!!!!

    ReplyDelete