Monday, May 4, 2009

Kue Teow Kerang Cili Padi

Menu brunch pagi Sabtu sebenarnya ni...tengahari tu Ummi pergi kenduri majlis kesyukuran member ofis...meh je la layaann...kue teow pedas berapi gak nih! hehe..baru laku kalau pedas camni... Bahan:-
  • 2 paket kue teow - dibasuh dan tos.
  • 1 kg kerang - direbus dan keluarkan isinya
  • 10 tangkai cili padi - ketuk
  • 1 sudu besar cili kering kisar
  • 7 biji bawang merah - tumbuk
  • 5 ulas bawang putih - tumbuk
  • segenggam daun kucai - kerat 1 in.
  • 200 gm taugeh
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 5 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar kicap cair
  • garam secukup rasa
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk dan goreng hingga wangi dan layu kekuningan.
  2. Masukkan cili kisar dan kacau hingga cili masak/pecah minyak.
  3. Masukkan semua sos dan garam secukup rasa.
  4. Masukkan kerang dan kacau biar mesra sebentar.
  5. Masukkan kue teow dan kacau gaul rata dengan bahan.
  6. Masukkan daun kucai dan taugeh, kacau rata sekejap saja (jangan terlalu layu). Tutup api dan hidangkan.

4 comments:

  1. salam kak umi...sedapnye tgk gambaq keowteow goreng ni...saya dah la suka mkn pedas..mesti sedap gilerrr ni..tu baru tgk gambar...laparnyeeeee

    ReplyDelete
  2. Ganasnyaaaa.....kita pepagi masuk, lom, sarapan lagi, nampak kue teow kak ummi pulak....buat kecur jeee

    ReplyDelete
  3. Mamasya -
    wkumsalam..weee rindunya lama x YM dgn mamasya...Aah la, kat rumah ni budak semua dah besar2, yang pedas la yang lakunyaaa..hehe

    Mat Gebu -
    Ganasss?? Ye ke?? Ngarut Mat, akak ni slow je..ikut mood..Kecur ek, meh nak suap 2 sudu, cukup x? Hehee..

    ReplyDelete
  4. sedapnya kak....dah le lum sarapan lg ni. terus kriok kriok perut.hihi

    ReplyDelete