Tuesday, May 5, 2009

Dorayaki

Meh bekfes dulu...lama x makan any pancake or yang sewaktu dengannya..kali ni try wat dorayaki lak...Resepi dari Skyblue@MyR tu...dalam resepi tu makan dengan kacang merah manis, tp Ummi wat caramel pisang jek....Sedap dorayaki ni..bkn doraemon je suka makan, orang-orangmon pun suka makan..ekeke...dah sejuk pun masih lembut..

Bahan:-
  • 100 gm tepung kek/tepung gandum* - diayak bersama
  • 1/2 sudu kecil baking powder *
  • 60 gm gula halus
  • 2 sudu besar madu
  • 2 biji telor
  • 1/2 sudu besar minyak masak
  • 1/2 sudu kecil esen vanila
  • Inti :- 1 1/2 cawan kacang merah yang manis (*akak makan dgn caramel pisang)
Cara Membuat:-
  1. Dalam mangkuk besar, pukul telor bersama gula hingga kembang.
  2. Masukkan madu, minyak dan esen vanila. Kacau hingga sebati.
  3. Masukkan tepung yang telah diayak ke dalam campuran telor. Kacau adunan secara kaup-balik. Boleh tambah sedikit susu segar/cair jika adunan terlalu pekat.
  4. Panaskan kuali yang tidak melekat (non-stick pan) dengan api kecil, masukkan 1/4 cawan adunan buat bulatan bersaiz 4 inci.
  5. Masakkan sebelah bawah sehingga berwarna perang, masak sebelah lagi hingga masak. Ulang sampai habis.
  6. Letak 1 sudu besar kacang merah di tengah sekeping pancake, tutup dengan satu keping lagi. Tekan dengan tangan perlahan-lahan untuk meratakan kacang merah.
  7. *Note : Akak masak 3 sudu besar gula dengan 5 sudu besar air hingga jadi karamel. Masukkan 1 - 2 biji pisang yang dipotong bulat 1 cm tebal.

4 comments:

  1. rasanya pun ala2 pancake juga ke..?? atau mcm kuih jepun..??

    ReplyDelete
  2. Ohhh hooo... anak-anak saya suka sangat kat dorayaki neh. Kalu saya buat mesti sorang 3 keping !

    ReplyDelete
  3. kuih kegemaran doraemon ek..hehehe mcm penkek gal la yer..

    ReplyDelete
  4. Ain - aah ala-ala pancake, tp lg lembut n ceedaaappp..hehe

    Linda - Yeap, kids mesti suka pnyerrr!! hehe

    Harhtan - Aah katanya kuih kegemaran doraemon, ntah laa doraemon tu mcm org ke makannya..hehe..lg lembut dan sedap dr pancake pd akak.. :D

    ReplyDelete