Wednesday, March 11, 2009

Mee Bandung Muar ala CMG

Cadangnya nak upload semalam resepi ni sebab wat hari Isnin kelmarin semasa adik yang baru kawin tu datang rumah n jalan-jalan ke Kuantan ni..Ummi pun masak tergempar gak ni, bila dia kata nak datang makan malam..Teringat ada satu paket perencah dalam fridge Ummi beli kat Carefour x lama dulu..so ni je lah hidangan dia untuk malam tu sebelum dia check-in hotel di D'Rhu Beach Resort, Beserah sana... Resepi ni Ummi follow Mat Gebu punya, ada la adjust sikit2 je...Mat, akak C&P je la eh..Thanks ya Mat..
Bahan:-
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg mee kuning (Ummi guna 2 paket mee)
300 gm daging (Ummi ganti ayam)
10 - 15 ekor udang besar
2 sudu besar cili kisar (*Ummi saja tambah kasi pedas sikit)
2 sudu besar sos tomato (*Ummi tambah ni)
3 pokok sawi hijau
1 biji tomato, belah 4
Garam dan sedikit gula
Air secukupnya
1 bungkus perencah mee bandung "Muar" (seperti gambar dibawah)
5 - 6 biji telur
5 biji bawang merah, dihiris2 ulas bawang putih, dihiris
3 keping tauhu, digoreng, hiris nipis
*Hirisan daun sup
*Hirisan cili merah
*Belahan limau kasturi*(*bahan sampingan)

CARA MEMBUATNYA :-)
Daging dihiris nipis, rebus dengan 1 inci halia (dititik) hingga empuk, ketepikan. (Ummi skip step ni dan masukkan halia dalam kuah terus)

Kupas udang, cuci kulitnya dan rebus 10 minit. Kisar kulit udang hingga halus dan tapis untuk stok. Ketepikan. Udang dicuci bersih dan toskan.

Cuci bersih sawi, asingkan daun dan batang sawi, potong batang sawi dan kerat daunnya. Ketepikan. Panaskan sedikit minyak dalam periuk (mat guna kuali).

Tumis hirisan bawang putih dan merah hingga harum, masukkan perencah mee bandung dan kacau rata. Tuang air rebusan daging bersama dagingnya, stok kulit udang dan air secukupnya (anggaran 800 ml atau ikut keperluan). Biar mendidih. (Ummi just letak ayam terus dalam perencah dan tuang air).

Kecilkan api dan pecahkan telur satu persatu dan masak perlahan hingga telur timbul. Kemudian masukkan batang sawi dan udang. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula.

Akhir sekali masukkan daun sawi dan tomato, masak sekejap dan rasa, jika ok, boleh matikan api.

PENYEDIAAN MEE BANDUNG MUAR :-

Cuci mee kuning dan celur sekejap, angkat toskan dan isi kan ke dalam mangkuk sesuai. Tuang kuah bersama2 isi dan satu biji telur untuk 1 mangkuk. Tambah bahan2 sampingan dan hidangkan segera.....Memangg Syiokkkk!!!!!

CATATAN MAT GEBU :-) Untuk telur tu, mat masak asing, cedok keluar kuah mee bandung (anggaran 2 cawan) dan isi kan ke dalam kuali "non-stick", gunakan api kecil, pecahkan sebiji telur dan biar masak hingga kuning telur mengeras. Angkat dan alihkan ke dalam periuk kuah mee bandung. Ulangai proses sama sehingga telur habis.

Ni lah perencah yang Ummi gunakan..

No comments:

Post a Comment