Okay sos pizza dah siap tu, kenalah buat pizza pulak...Penggemar pizza pun ada balik nih! Sape lagi, abang long laaa...dia cuti seminggu lps exam. Pizza kali ni resepinya terjumpa kat rumah Sherry. Resepi asal dari Kak Nis gak ni..."base" yang ni memang lembut wpun dimakan pada keesokan hari..Sori lah dah licin pun, Ummi buat hari petang Jumaat kelmarin untuk dinner kitaorang..hehe
Bahan (Base - 2 keping sederhana besar)
300 gm tepung gandum/tepung roti (*ummi guna tepung roti)
200 ml air
15 gm gula
4 gm yis (1 1/2 sudu teh)
25 gm shortening
1 sudu teh garam
1 sudu makan susu tepung
Cara-Cara:-
Masukkan kesemua bahan dalam breadmaker, pilih menu doh. (*ummi campur semua bahan kecuali air dan shortening..gaul rata, masukkan air dan uli biar lembut. Masukkan shortening..uli lagi hingga doh tidak melekat pada mangkuk). Keluarkan dan tumbuk-tumbuk doh. Biarkan 10 minit. Kemudian canaikan dan masukkan ke dalam pizza pan. Cucuk2 dengan garfu.
1/2 biji bawang besar (cincang)
3 ulas bawang putih (cincang)
nenas (ikut suka) - hiris-hiris nipis
1/2 biji capsicum merah
1/2 biji capsicum hijau
garam
sedikit gula
1 sudu teh oregano
Mozarella cheese
Minyak untuk menumis
Cara-Cara:-
Panaskan minya dan tumis semua bawang hingga naik bau. Masukkan sosej, sedikit garam dan gula. Kacau sebentar dan angkat. Oleskan sos pizza di atas doh yang telah dicanai tadi. Letakkan campuran bawang dan sosej, capsicum dan nenas. Tabur oregano dan mozarella cheese. Bakar selama 15 minit pada suhu 180 deg. celcius.
salam ummi,
ReplyDeletei tak sesat, 'ikut' you balik...he he..wahhhh cantik nya blog...i should emulate...tapi tak pandai lagi...insyallah..