Monday, July 14, 2008

Gulai Ikan Kembung Acheh

Actually ni masakan malam Sabtu kelmarin. Hari Sabtu pagi tu Ummi x duk rumah le sebab pergi Uitm Segamat hantar dokumen penting yang perlu dilengkapkan oleh parents dan tambahan barang2 sikit and $$$ wat beli buku2 lagi untuk my dotter, Najwa. Ayoyo..duit laju cam air sungguh bila anak2 dah masuk U ni..Balik dari Segamat singgah pulak kat abanglong di Matrikulasi Gambang sebab nak hantar laptop and beselah tambah sikit $$$ kat dia, kira-kira perjalanan serampang 2 matalah ni!

Sampai rumah dah nak maghrib, so ni la lauk dinner yang sempat Ummi prepared...Dapat dari dapur Indon blog iaitu Pepy dan resepi asal dari kawannya Deetha. Lain sikit cara masak gulai ni, ikan kasi goreng dulu ... :D. Ummi buat half je dari resepi ni.

Bahan:-
500 gm ikan kembung (*ummi guna ikan selar besar)
4 helai daun limau purut
2 batang serai - ketuk
800 ml santan dari 1 biji kelapa
garam
3 biji asam belimbing buluh (*ummi xda ni, ganti asam keping je)
1/2 sudu teh jus limau
3 sudu makan minyak

Bahan Perap:-
1 sudu teh jus limau
1/2 sudu garam

Bahan Pes:-
8 biji bawang merah
3 biji bawang putih
6 biji cili merah
2 biji cili hijau
2 cm kunyit hidup
3 biji buah keras - bakar dulu

Cara Memasak:-
Perap ikan dengan garam dan jus limau selama 30 minit. Goreng hingga kekuningan. Ketepikan. Kisar bahan pes dan ketepikan. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar, daun limau purut serta serai hingga wangi. Kacau-kacau sebentar. Tuangkan santan, garam dan asam belimbing, biarkan mendidih dan masukkan ikan, masak hingga kuah pekat sedikit. Sebelum diangkat, perah jus limau dan kacau sebati. Tutup api dan hidang.

No comments:

Post a Comment