Ni dia santapan manis (dessert) yang memang laku teramat di rumah Ummi ni..siap sejuk je memang menyantap terus...hehe..Resepi dari dapur Ami ni dah lama Ummi simpan..memang killer u...try lee..senang jek!
Bahan:-
Base:
1 paket (1 1/5 cawan) graham cracker - hancurkan. (ummi guna biskut oreo)
2 sudu besar kastor sugar (ummi letak 1 sudu besar je)
1/2 cawan butter - cairkan
1 1/2 sudu serbuk kayu manis
Filling:
8 oz cream cheese - suhu bilik
1 cawan gula kastor
3 biji telor
1 1/2 sudu kecil esen vanila
16 oz sour cream - ummi guna plain yogurt je
3 sudu kecil gula kastor
1 sudu kecil esen vanila
Cara Menyedia:-
Preheat oven ke suhu 190C. Hancurkan biskut dan campurkan gula dan butter yang dicairkan, gaul rata. Tuang ke dalam loyang bulat 8x3" dan ratakan biskut tadi..tekan2 sikit biar padat. Ketepikan. Sementara itu, satukan cream cheese, gula, telor dan esen vanila. Pukul pada kelajuan tinggi hingga rata dan licin. Tuangkan ke atas base tadi dan bakar selama 25 - 30 minit. Keluarkan dan biarkan sejuk selama 2 jam. (wajib sejuk dulu baru mulakan proses seterusnya.) Kemudian satukan sour cream, gula kastor dan esen vanila, pukul sebati dan tuangkan ke atas cheesecake yang disejukkan tadi dan bakar lagi dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 175C selama 10 - 15 minit.
(*seeloknya biarkan sejuk semalam di dalam fridge, baru lah dipotong agar cantik potongan nanti). Tapi kat rumah ni, sume x sabar, xdan lah tunggu semalaman pun, sedang elok sejuk je, dah ngaappp!!
salam k.ummi..... sy nie silent reader blog k.ummi, teringgin nak try cheese cake nie..... kena bakar cam biasa ataupun cara "water bath" cam oreo cheese cake tu... oh ya.. sy dah try orea cheese cake tu mmg best... tak rugi cuba.....tini
ReplyDeleteWkmsalam Anony - thanks sudi jengah blog akak nih...owh yang ni bakar biasa jek..kalau xda mention "waterbath" tu, maknanya bakar cam bese jek...sebab sekejap jek tempoh tu.....thanks sudi try yea...
ReplyDelete