Tuesday, April 8, 2008

Crumbed Sausage Roll

Ni ummi wat untuk bekal my kids g sekolah pagi tadi..dah buntu jugak every morning nk kena fikir apalah yg nak dibekalkan untuk Aiman n Najiha..diarong memang x penah beli kat kantin sekolah kecuali kalu kena stay back, terpaksalah makan nasi kat kantin..My kids memang suka ni..

Bahan:-
7 batang sosej
2 biji telor - pukul sikit
7 keping roti - basahkan sikit dan roll nipis
2 cawan breadcrumbs
Cara Menyedia:-
Rebus sebentar sosej. Toskan. Sementara itu, gelek roti biar nipis, letakkan sosej tadi. Gulung dan lekatkan bahagian hujung roti dengan telor biar melekat. Celupkan keseluruhan gulungan roti dan salutkan dengan breadcrumbs. Goreng kekuningan. Siap dan sedap dimakan dengan sos cili.

No comments:

Post a Comment