Friday, March 7, 2008

Nasi Goreng Kicap

Ni kes nak perabihkan stok frozen food dalam fridge tu n Aiman ada request nak nasi goreng kicap, pedas2 sikit, sempoii je....buat pagi kelmarin tuk my kids bawak bekal ke sekolah...

Bahan:-
2 mangkuk nasi putih
4 ulas bawang merah - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
7 tangkai cili kering - kisar
5 tangkai cili padi - kisar (optional)
7 batang crab stick - potong kecil
1/2 cawan ikan bilis - goreng
1/2 cawan mix vege
1/4 cawan kicap
1 sudu kicap cair
garam

Cara Memasak:-
Tumis bahan kisar, kacau dan masukkan kedua2 kicap. Masukkan crab stick, kacau dan masukkan nasi dan mix vege. Masukkan garam dan goreng hingga nasi benar2 masak (meletup2). Tutup api dan masukkan ikan bilis, gaul rata.

No comments:

Post a Comment