Friday, March 7, 2008

Ayam Bakar Madu

Sebenarnya dinner kelmarin tak tau dah nak masak apa ayam ni...Tapi ternampak resepi ni kat rmh Mamasya, emm my kids mesti suka...suka meratah..heheh...Sedap, ni resepinya...

Bahan:-
4 ketul ayam yang dipotong agak besar
4 ulas bawang putih - tumbuk
1 inci halia - tumbuk
7 sudu besar bbq sos perasa madu
4 sudu besar madu
2 sudu besar sos tiram
sedikit garam
sedikit gula - (*ummi tambah sebab guna bbq sos bese je)

Cara Menyedia:-
Perap ayam dengan halia, bawang putih, sedikit garam, 4 sudu besar bbq sos, 2 sudu besar madu dan sos tiram sekurang-kurangnya 30 minit (*lagi lama lagi sedap). Bakar dalam oven hingga ayam separuh masak dan sapu lebihan bbq sos di kedua-dua belah ayam. Bakar lagi. Bila hampir masak, sapu lagi 2 sudu madu di kedua-dua belah ayam dan grill hingga ayam betul2 masak.

No comments:

Post a Comment