Monday, March 17, 2008

Homemade Pizza


Ni pun satu lagi favourite abang long, x dapat nasi pun xpa, kalu boleh hari2 nak pizza..Buat ni pun nak bawak bagi kat dia jugak petang ni..Resepi dari geng MR..sedap..Igt mula uli doh tu x jadi dah...rupanya elok sangat pulak naiknya...hehe..

Bahan:-
500 gm tepung roti
12 gm garam
8 gm yis
16 ml minyak zaitun/minyak sayur
250 ml air suam

Topping:- (*versi ummi ikut stok dlm fridge)
4 batang sosej - hiris nipis
3 batang crab - kerat kecil
1 labu bawang besar - hiris nipis
1/2 biji capsicum - dadu
1 biji tomato - dadu
1 1/2 cawan cendawan butang - hiris nipis
1/4 cawan mix vege
mozarella cheese
sos tomato
sos cili
sedikit tomato puri
(*Ummi masak dulu bahan2 topping biar separuh masak baru diletakkan atas doh sebelum dibakar).

Cara Membuat Doh:-
Masukkan sume bahan gaul rata dan uli hingga jadi doh seperti membuat roti. Setelah doh lembut, bulatkan dan tutup dengan cling wrap. Tunggu 15 - 20 minit supaya doh naik. Bahagikan doh kepada dua dan uli. Letakkan atas papan dan gelek doh dengan rolling pin hingga nipis (*doh akan naik semasa dibakar). Letak dalam loyang pizza. Sapu doh dengan tomato dan cili sos (tomato paste). Tabur semua bahan topping dan akhir sekali tabur mozarella cheese sebanyak yang disukai. Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 12 - 15 minit (bergantung kepada oven) sehingga doh masak dan cheese mencair. Siap untuk hidangan panas2..Memang sedap dengan topping versi pilihan sendiri..

No comments:

Post a Comment