Ari tu jalan2 kat rumah Hajar FP, tengok dia tayang brownies alamak....nampak sedap betuuiiii...Ummi buat ni malam kelmarin, tp beselah selalu bz, x sempat nk posting...ini favourite Najwa..so buatlah meraikan kejayaan dia seadanyaa...Memang sedap dan nak buat pun senang, tk Hajar..
Bahan:-
250 gm butter - potong kecil2
400 gm cooking chocolate - potong kecil2
6 biji telor
340 gm gula perang (brown sugar)
2 sudu teh esen vanila
20 gm chocolate emulco
80 gm tepung gandum * ayak bersama
60 gm serbuk cocoa* - ummi guna serbuk Vouchelle
140 gm walnut/pecan/almond/macadamia - cincang dan bakar
(*ummi guna walnut & almond)
Cara Membuat:-
Panaskan oven pada suhu 160C - sediakan loyang yang telah digris dan dialas baking sheet. Double boil butter dan chocolate hingga cair. Ketepikan biar suam sedikit. Dalam bekas lain, masukkan telor, gula, esen dan chocolate emulco, kacau dengan hand whisk hingga gula cair. Tuang adunan butter dan coklat tadi ke dalam mangkuk dan gaul rata. Masukkan tepung dan serbuk koko yang telah diayak tadi, masukkan juga cincangan walnut/pecan/almond tadi. Gaul rata sahaja, jangan kacau terlalu lama. Tuangkan ke dalam loyang dan bakar selama 45 - 50 minit. (depends on oven). Bila masak, biarkan sejuk dalam loyang. Lebih sedap disimpan semalaman. Potong dan hidang. Boleh juga dibubuh chocolate ganache/ice cream/sos kastad.
sedap tu ummi,rajin nyer ummi buat
ReplyDeleteDayang..belum rasa lagi dah kata sedap ek..bukan rajin sgt, tp sb resepinya mudah, tu pasal rajin dtg nk buat..kdg2 rajin nk buat, tgk resepi pjg lebar sgt..terus x jadi buat pulak..heheh..
ReplyDeletekite kalo kek ni tgk rupa dyg dah tau sedap ke tak,keh keh ada instinct gitu.ehehhe
ReplyDelete