Wednesday, November 21, 2007

Strawberry Bread


Ni hasil rondaan semalam, xtau tersesat kat rmh Mamafami FP...nampak cantik semacam jer roti tu...emm membakar lee ummi dengan bahan yang ada jer...sedap dengan rasa strawberry jam tu..

Bahan-bahan:-
(A)
320 gm tepung roti
80 gm tepung biasa (ummi guna superfine)
50 gm gula caster
1 sudu kecil garam
1 sudu besar susu tepung
1 sudu besar instant yeast

(B)
2 biji kuning telor
210 ml air

(C)
35 gm butter

(D)
Strawberry jam
80 gm prunes
80 gm kismis, ceri hijau dan ceri merah

Cara-cara:-
- Campurkan bahan A dan gaul sebati. Masukkan bahan B dan uli jadi doh. Tambah bahan C dan uli lagi jadi doh lembut dan licin. Tutup dan rehatkan 50 - 60 minit agar naik dua kali ganda.
- Bahagikan adunan kepada dua (untuk 2 loaf). Bulatkan dan rehatkan 10 minit.
- Gelek doh jadi segi empat tepat (pjg 30cm x lebar 20cm) setiap satu. Sapukan strawberry jam dan taburkan sebahagian buahan kering. Gulung seperti swiss roll jadi 30cm panjang.
- Potong kepada 8 bahagian. Letak atas greasepaper secara bulatan dalam loyang berdiameter 20cm. Biarkan doh naik selama 45 minit atau sampai naik 2x ganda.
- Sapu telor dan tabur lagi dengan sebahagian buah kering atas doh tadi (ummi pnya terlebih la pulak..hehe).
- Bakar dalam oven atas rak bawah pada suhu 175C selama 20 - 25 minit (tgk oven gak).

Note: Bila telah masak, alih dari oven dan glaze dengan apricot gel..(ummi xda apricot gel ni)..Siap!

2 comments:

  1. Okaylah tu rupa Strawberry Bread Ummi ni....Ala ummi, rupa kurang penting, yang penting, rasanya tu! Thanks ummi sebab sudi menjengah ke rumah mama ye....

    ReplyDelete
  2. Mamafami, aa betul lah rupa x penting (*tu je lah yang termampu hiks!), yang penting rasa sedap.. hehe..really! Lain kali nak wat lagi..

    ReplyDelete