Wednesday, November 28, 2007

Ayam Masak Madu

Ni le lauk yang sempat ummi masak untuk dinner malam ni. Ayam masak pedas ke, masak berlada ke memang favourite my kids...kalu kari ke lemak ke kureeng laku. Hb je duk makan. Balik kerja tadi terus le berperang kat dapur. Sebab my youngest ni kalu tahu masak ayam pedas besenya dia nk makan dulu dari orang lain..hehe...Makan dengan nasi karot...This is my recipe:-

Bahan:-
1/2 ekor ayam - goreng 2/3 masak
6 sudu cili kering + bawang kisar
1 ulas bawang putih - ketuk
2 cm kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
2 sudu besar sos cili
1 sudu kecil sos worcester (xpun guna air asam jawa bole gak)
1 sudu kecil jus halia (or 1 cm halia ketuk)
1 sudu besar gula
2 sudu besar madu
garam

Cara Memasak:-
Tumis kulit kayu manis, cengkih, lawang dan masukkan cili kisar. Kacau hingga naik minyak. Masukkan sos cili, sos worcester, jus halia, gula dan garam..kacau..masukkan madu dan ayam. Gaul rata dan angkat...Bereehh! Senang kan?

No comments:

Post a Comment