Sunday, July 14, 2013

SALAM RAMADHAN AL MUBARAK! ALAHAI LAMANYA X UPDATE

Assalamualaikum....salam Ramadhan buat rakan taulan yang beragama Islam dan buat rakan-rakan bangsa lain, salam sejahtera....caaakkkk!! Apa khabar?

Aduhai apa dah jadi dengan dapur maya akak ni...Home Sweet Home lagi ke, atau Home Alone dah jadinya...hehehe.  Tu la kan, nak buat camna, nak cerita pun tak guna, dah tak pandai nak cerita duduk kisah sebenarnya pun, dah sebulan lebih macam2 kisah la kan...So, biarkan saja.  Sementara ada masa boleh update, akak update la.  Kot ada lagi yang rindukan masakan akak ke...?? Tahap ferasan dah pulak.  Xpalah, kita bercuit-cuit jugak di Laman Sosial sana kan... Lately, ni akak masak biasa-biasa je sehari-hari. Kadang2 tak masak jugak...makan maggie...boleh caya x? Rendam jer dengan air panas....hahaha...sampai tahap macam tu Kak Ummi?? Ya perluuuu bila malas...sebab nak makan untuk hidup...bukan hidup untuk makan...hehe

Okeh, terus je lah ke entry lauk entah bila punya, dah lama sangat terperam, masak pun main campak2 jer.  Kesnya masa tu pergi Giant, beli la sepaket Crispy Cereal Chicken ni...plastiknya dah buang, resepi pun ingat-ingat lupa, tp akak x ikut sangat sebenarnya, just nak guna cereal berperisa dia tu jer...produk brand apa pun x hengaattt..adoiii.  Cuba intai-intai belakang gambar ayam tu, kot boleh perasan bila cari nnt.  Resepi lebih kurang la akak bagi yea...kena cari cereal berperisa ni dulu.

AYAM CEREAL RANGUP
Resepi Olahan:  Ummi @ Home Sweet Home

Bahan (anggaran sahaja yea):-

  • 6 ketul bahagian ayam (separuh ayam)
  • 1 paket Crispy Cereal Chicken (boleh didapati di pasaraya)
  • 1 biji bawang besar - dipotong dadu
  • 3 ulas bawang putih - dicincang
  • 2 inci halia - dicincang
  • 8 tangkai cili padi  - hiris halus
  • 1 tangkai cili merah  - hiris halus
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 biji kuning telor
  • 2 sudu besar kicap cair
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak untuk menggoreng ayam



Cara Memasak:-
  1. Ayam dicuci bersih, gaul dengan garam dan kunyit dan goreng ayam hingga masak. (jangan terlalu garing).  Angkat dan toskan.
  2. Tinggalkan lebih kurang 4 sudu besar minyak dalam kuali dan tumiskan bawang besar, bawang putih, halia hingga naik sedikit garing dan naik bau.
  3. Masukkan cili yang dihiris dan daun kari, kacau sebentar.
  4. Masukkan telor dan kacau-kacau rata hingga berketul-ketul.
  5. Akhir sekali masukkan ayam dan gaul rata, diikuti kicap dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  6. Akhir sekali tuangkan cereal dan gaul rata-rata menyaluti ayam.  
  7. Tutup api dan siap untuk hidangan.
Untuk makluman, ayam masak camni mmg best, anak2 akak mmg bertambah-tambah makan nasi, masaknya sempoi, rasanya wallaaahhh..!!  Bukan nak puji, tp saranan. Selamat Mencuba..!!

Sebelum itu, buat renungan bersama:-

Ubadah bin Somit r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang.

"Telah datang kepadamu bulan Ramadhan di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat.  Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu.  Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini".


9 comments:

  1. salam ramadhan dan selamat berpuasa kak ummi...
    amboiiiii..lama bercuti kak...
    lepas ni rajin2 update blog tau... ^_^
    ayam tu nmpk besttt la...
    sedapp tu makan ngan nasi panass

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Ummi
    salam ramadhan jugak dari Brunei Darussalam buat Ummi, akak pun sejak masuk ramadhan memang tenggelam timbul jugak masa begitu mencemburui, btw ayam tu mmg nampak lazatt nak kena cari cereal jugak ni sbb anak2 hari2 mau ayam

    ReplyDelete
  3. Yeayyy...Kak Ummi sudah mariiii...

    ReplyDelete
  4. Patut dengar krup krap sampi ke Soi... rupanya K.Ummi makan ayam tak ajak yer....hehehe... Slmt Berpuasa Kak....

    ReplyDelete
  5. salam ramadhan kak hajah ummi...

    nampak sedap lauk tu kak..
    sebenarnya kami masih rindukan masakan akak.. walaupun tak ikut 100% masakan dari akak.. tp aura & semangat rajin memasak tu yg kami nak ikut.. hehe..

    ReplyDelete
  6. Tadi dari dapur kak amie...ada ayam ungkep yg menyelerakan....singgah jap kat dapur kak ummi...nak tinjau2 resepi ayam sereal....bole cuba ni...

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Kak Ummi,
    Salam Ramadhan dan selamat menunaikan ibadah puasa buat akak sekeluarga..moga amal ibadah kita di terimaNYA..

    nmpk mmng sedap ayam tu kak, leh cuba ni bila teringin nnti..tq berkongsi resepi, moga akak akan terus berkongsi resepi2 yg malatop mcm dulu..

    ReplyDelete
  8. Assalam kak ummi. Salam ramadan buat akak & family.. Ayam cereal ni .. Nampak menarik.. Boleh cuba ni .. Masak waktu sahur.. Tak salah tengok halal singapore tu kak.. Minta izin kita ambil recipe .. Nanti nak cari lah product tu..;)

    ReplyDelete
  9. That's the reason it is best you must corresponding investigation in advance of designing. You're able to present better send in using this method. Using the best Instagram online web viewer on the Internet. Discovering top trending photo and video on Pikdo right now!

    ReplyDelete