Saturday, January 8, 2011

Happy Birthday dan Tahniah Mat!!

Salam dan Selamat Ulangtahun Kelahiran ke 35 Mat!! Syukur ke hadrat Allah swt. kerana masih memanjangkan umur teruna dari Sedenak dan Sifu Blogger masak2 seantero alam maya nih! Semoga sentiasa diberi keberkatan dan kejayaan sepanjang hidup di dunia dan akhirat. Amiinnnn....Diharapkan keringat, tenaga dan idea yang dikongsikan kepada kami semua melalui Dapur Tanpa Sempadan (DTS) tidak akan pernah padam dan berkobar-kobar selalu....(*waaah berkobar2 eh...kejiii ke ayat tuh Mat?..hehe)

Sepanjang akak mengenali Mat nih..beliau memang seorang yang sangat....sangat apa eks! Haha..sangat kreatif dalam segala bidang (yang bab2 aktiviti termasuk gak kan Mat...hahaha), sangat kelakar, mmg mau termuntah gelak kalau dia ngusik dan bukak cerita, seorang yang boleh jadi emo jugak....ada masa hatinya hangaaaatttt jek...hehe, dan ada kala dia ni boleh jadi sedih tetiba jugak...moodnya mmg bercampur-baur...Kalau pandai tackle...no hal punya...betul la tuh! Itu dari pandangan mata kasar akak laa...pandangan mata halus, kena tilik dengan Tok Nujum dulu...hehehe..

Apapun, semoga ulangtahun kelahiran kali ini, Mat lebih tabah, cekal dan sentiasa matang dan semakin kelakorr...Beruntunglah abah dan ibu jelitanya Mak Yah yang mengandungkan beliau, sejuk perut kerana ada anak yang boleh diharapkan untuk menguruskan segala hal dan ada masa lebih2 lagi dari segala tentangnya....

Hanya ucapan ini yang sempat akak letakkan di sini dan harap Mat sudi terima kad merah menyala dari akak nih...ala2 kad Gong Xi Fa Chai jugak la kot..hehe...Amik Mat eh...kalau x, siap ko!!!

Ikhlas dan salam dari akak, abang dan Aiman jugak...

4 comments:

  1. Tumpang happy untuk CMG yg menyambut hari lahir ke 35.... bila nak berdua ni mat? soklan maut x?

    ReplyDelete
  2. Waaaa..terima kasihh...nak nangesss lahhhh..tapi kan muka buruk lah nanges..tak comey..huhu

    ReplyDelete
  3. salam kak ummi, saya pun tumpang kad akak juga ucapkan happy birthday to CMG semoga happy2 selalu..:)

    ReplyDelete
  4. tumpang kat sini lak ya.. tak kena charge kan hehe

    slmt ulangtahun kelahiran che mat.. semoga hari mendatang semakin menceriakan dan semoga che mat diberikan kesihatan yg baik utk terus berkarya dlm tiffinbiru dan menghasilkan resipi2 yg mantop :)

    ReplyDelete