Sunday, December 12, 2010

Segmen : TOLONGLAH KAMI

image


Salam semua.....Waaaaa...rasa terpanggil-panggil jek untuk menyertai SEGMEN: TOLONGLAH KAMI oleh Ben Ashaari nih....walaupun akak tengok ramai bloggers baru yang menyertai segmen nih, tetapi atas semangat ingin berkongsi pengalaman, akak sertai jugak laaa, maklum suami pernah jadi perokok dulu...Lagi pun tadi nak terbahak baca entry Mat Gebu tu haaa...hehehe.

Ceritakan satu kenangan yang pernah anda lalui melibatkan isu merokok ditempat awam
  • Pengalaman yg akak ingat mengenai isu merokok di tempat awam ni adalah ketika akak menghadiri Kursus Bina Negara di Gebeng, Kuantan tahun 1980-an dulu, masa tu berkhidmat di pejabat DARA Muadzam Shah. Di sinilah akak tengok Kerajaan mengambil langkah2 yang sewajarnya dalam memberi peringatan kepada rakyat negara ini yang merokok ataupun perokok tegar. Kepada peserta kursus yang merokok, mereka dikehendaki mematuhi arahan-arahan khas kepada mereka. Pihak penganjur kursus telah menyediakan satu kawasan di bawah pokok yang agak jauh dan ditempatkan beberapa bangku kayu untuk perokok-perokok menghembuskan asap berkepul-kepul mereka. Dan tempat itu dinamakan "SUDUT MAUT!!". Ha kooo....nak tergelak pun ada, kesian pun ada kepada mereka yg terang-terang dah memilih sudut tu....tau-tau dan paham-paham sendiri la ok...hehehehe...Memang mereka x boleh merokok di kawasan lain selain dari kawasan tersebut. Selamat kitaorang dari asap berkepul2 tu kan...kan...

  • Satu lagi nak cerita, tapi bukan nak puji....suami akak memang pernah merokok tetapi alhamdulillah telah berhenti dengan tekad dan kehendak sendiri sejak hampir 8 tahun sudah....akak sangat bersyukur dan sangat gembira dengan tindakannya.... Tetapi, sepanjang berkahwin satu hal yang akak puji dengan suami akak semasa dia merokok dulu, dia tak pernah sesekali merokok di depan orang-orang tua seperti mak ayah dan mertuanya, xkan nampaknya dia nak sama2 naik berkepul asap dengan mereka2 yang berpangkat ayah2 ni. Dia jadi segan dengan tabiatnya itu....Satu lagi dia bukan jenis yang merokok semasa memandu...dia sangat menghormati akak dan anak-anaknya....Dan tanpa pengetahuan akak, dengan kehendak dan tekadnya sendiri juga dia telah diam-diam berhenti merokok mulai bulan puasa 8 tahun sudah..alhamdulillah....akak sangat menghargainya, semakin sayang!!...hehee (*duit pun jimat kan, leh bg akak, wakaka)

Pernahkah anda menegur mereka yang merokok ditempat awam dan apakah tindakan yang diambil mereka ?
  • Suami akak dulu sangat mematuhi...orang lain akak tak tahu laaahh...tak pernah tegur... Even adik-beradik pun, depa semua pandai baca kan....pandai fikir...nak dengan taknak jek tuh...saja buat-buat x tahu or x nampak la kot...kan kan... X kuasa laa, kang dpt "peeenggg" lak...piiinggsaaannn...hehee

Rayuan anda pada mereka yang suka merokok ditempat awam
  • Dengar sini semua hamba rakyat yang merokok di bumi ini (*waa, mentang-mentang baru balik dr negeri Hang Tuah, ayat ala-ala Tok Bendahara..ekekeke). Tolonglah Kami, Bantulah Kami...Dunia semakin kelabu dengan asap2 yang amat merbahaya untuk kami menyedutnya....bahaya yang kami dapat lebih teruk dari kalian yang menghasilkannya...huhuuuuu....BERHENTILAH MEROKOK.....Kebaikan juga yang kalian dapat, macam jimat letrik, jimat air gitu...cubalah renung-renungkan dan bertindaklah sebelum terlambat. Kalau x boleh jugak....hormatilah para wanita, isteri, ibu dan anak-anak serta warga2 tua yang x berdosa nih...Lalu pergilah ke kawasan SUDUT MAUT dan jauhilah KAWASAN LARANGAN MEROKOK....ya ampppuuuunnn....huhuuuu...

Okay la Ben, takyah tinggal jejak kat Ben laah...akak saja suka-suki jek...kasi semangat kat yang muda-muda tuh masuk segmen ni...hehee...Kepada yang berminat, silalah terus click Sini untuk mengetahui syarat2 segmen ni eh...senang teramat...Adiooossss!!

4 comments:

  1. alhamdulillah.. bangga dgn org yg dpt stop smoking ni kan.. spt bangga gak dgn cik abg nor yg dah stop smoking gak pd 30.12.87 padahal dia perokok tegar zaman muda2 dulu.. dah nak masuk 23 tahun tu!!! dia stop smoking 3 bulan sebelum kita org kawin ^______^

    ReplyDelete
  2. Salam pagi minggu kak ummi dan semua, terima kasih sebab sudi join segmen tu.. Pada saya akak, ben dan semua adalah semangat untuk saya berblog, cuma kena ambik masa...buat masa sekarang, perasaan dan jiwa saya tak de "rasa"....hmmm...

    ReplyDelete
  3. salam ..

    tq kak ummi , knor ..mat ... harapnya segmen ni mampu membuka sedikit mata mereka ... tak buka banyak , kelip kelip pon jadi la kan ... hehe

    ReplyDelete
  4. Nor -
    Ya lah kan, x kira la cepat or lambat, at least kesedaran datang jugak, kerana setiap saat nyawa amat bernilai kan....alhamdulillah..

    Mat Gebu -
    Wkmsalam Mat..sama2, suka-suki jugak...kebetulan ada modal nak citer..hehe...Ya lah Mat, bawak sabar dan perlahan2 sedih akan surut jugak nnt k...tabahkan hati semoga ketenangan akan datang jua.

    Ben -
    Wkmsalam...sama-sama...Yep, hahaa, kalau kelip2 kat lampu or kat langit tu ok jugak kan Ben...hehe

    ReplyDelete