Sunday, November 14, 2010

Bluder Cheese

Salam dan selamat petang semua....ya laaa petang lgk kan, kalau nak tdo baru ucap selamat malam...heheee....Ingat nak upload entry roti ni malam tadi, tp mmg tenet down terus...tunggu punya tunggu...aku keciiiewaaa...hahahaa...Pastu akak terus ke dapur godek rainbow marble pudding dan pagi tadi wat kuih bakar untuk bawak ke Majlis Bacaan Yasin officemate akak kul 10 pg td....ya laaa...tumpang2 sedekah makanan kan....pastu balik terkejar2 balik ada kenduri kahwin anak jiran selorong ni haaa...pastu family adik singgah lepak2....lepas kemas2 semua rasa macam maleh jek...ni baru ada kerajinan...hehee...So layan roti yang sedap, lembut, gebuss dengan lemak cheese ituuuu...Bluder Cheese dari dapur Rima Singapore nih...Rima, akak ceduk resepi dan terima kasih banyak2 for sharing this nice bun!! I think I would stick to this dough next time!!

BLUDER CHEESE

Bahan:
(A)
  • 500 gm tepung high protin/tepung roti
  • 100 gm gula kastor
  • 11 gm yis segera
  • 1/2 sudu kecil "bread improver"
  • 4 biji kuning telor
  • 200 ml air sejuk (dari fridge)
(B)
  • 100 gm mentega
  • 5 gm garam halus
(C)
  • 100 gm keju Chedar parut
  • 100 gm mentega
Cara-Cara:-
  1. Gaul rata bahan A hingga sebati dan berketul.
  2. Masukkan bahan B dan uli hingga licin dan elastik. Rehatkan selama 20 minit. (*akak skip langkah 1 & 2 kerana menggunakan Bread Machine dan set Doh (ambil masa 1 jam 30 minit) dan tunggu siap. Keluarkan doh.
  3. Tumbuk-tumbuk doh dan bahagikan doh kepada 25 biji (lebihkurang 40 gm) dan bulatkan. Rehatkan lebihkurang 10 minit.
  4. Campur dan gaul rata bahan C.
  5. Ambil doh dan masukkan C dan bulatkan doh kepada bentuk bulat atau memanjang, ikut suka. Buat sampai habis.
  6. Biarkan doh naik selama 30 - 60 minit sehingga saiz dua kali ganda.
  7. Sapukan dengan kuning telor dan bakar pada suhu 180C selama 20 minit. (*akak tabur jugak cheddar cheese parut dan bakar selama 15 minit sahaja).

fresh from oven!!

10 comments:

  1. Wawawaaa..meroti pulakk...

    BUAT TAPAI GUNA RAGI,
    BELI RAGI DI KEDAI PAK TUA,
    ROTI GEBU COMEL ADA LAGI?..
    KITA NAK JUGA BARANG SEKETUL DUA..

    ReplyDelete
  2. Mat -
    Waaaaaaaaaaaaaaa...kita jerit2 kat YM panggil mkan roti, x sahut2..

    AIMAN BERJALAN KE RUMAH TOKKI
    SAMPAI DI SANA SAKIT PULAK GIGI
    ROTI COMEL KU TIDAK LAGI BERBAKI
    KALAU NAK JUGA KU ULI LAGI

    ReplyDelete
  3. jeless betul tengok roti kak ummi...cantikk...gebuss....
    he..he..kak ummi...nak 2 ketoi..nk cicah ngan nescafe...

    ReplyDelete
  4. kak ummi, gebusss la roti tu... agaknye kalau makan 3 ketul pn xsedar diri lagi nih...kak ummi, mie nak jgk....

    ReplyDelete
  5. salam kak..
    roti jerman ke?
    ee mesti sedap tu nampak mmg sedap akak pakai bread maker ke uli sendiri?

    ReplyDelete
  6. salam kak ummi!!! wawawawawa.... nak woti jugak!!!! ambik byk2 sikit angin akak, angin lain tawww! angin yg tu kita pengsan nanti kat umah akak kalau terhidu hihihi...

    ReplyDelete
  7. Ummi: perggggggghhhhhh. mcm sedap tu!

    p/s: Salam ziarah....:)

    ReplyDelete
  8. Ty for trying K Ummi.. memang dough nye senang nak handle.. rasanye pong sedap :o)

    ReplyDelete
  9. Mas -
    Jangan jeles...pi jek uli..hehe

    Mimiey -
    Yup mmg gebuss...sedar ke tak tu, kena try laa..hehe

    Faradean -
    Ya ke roti Jerman, ntaahh...hehee, akak suh cik BM yg uli..ada akak tulis kat step tu..hehe

    Ika -
    Wkmsalam...hehe, waaa ko kena angin pembawakan ke Ika..akak x tau pun..heheee..jangan jangkit kat akak dah laaa...hahaha

    PearlnScarf -
    Alaahaaii..dah licin..

    Azzey -
    Memang lah sedap, lembut dan gebuss...

    Rima -
    Muaaahhh to you Rima!! Thanks for sharing...yep, sangat senang n sodap..hehe

    ReplyDelete