Friday, October 8, 2010

Ayam Sos Hitam Berampai

Salam hening subuh jumaat yang muliaa...waaa mcm pelik jek time ni wat entry...Actually akak baru jek lepas antar Aiman naik bas untuk rombongan sekolah ke utara kul 4.30 pg td. Kul 5 baru bas bergerak, dah tu balik rumah mata x mau tdo dah. Japgi pun nak kemas2 sikit kat dapur tu, semalam balik makan2 hb belanja besday la konon..hehee, sempat lagik suruh cik BM tu menguli doh buat roti tuna mayonis tuk bekal Aiman pagi ni...Semalam xdan nak lap2 dapur sgt, mata ngantuksss dah..hehehe...Tapi ni layan dulu entry lauk kelmarin la eh...masak campak2 jek sebenarnya...tp biasalah, sesedap rasa kita la kan...Aiman makan menjilat jari weeeyy...ala2 masak kicap la sebenarnya tp letak sayur2 belen dalam peti tu...nnt kecut lak sebab japgi akak n hb nak ke Tioman...hehee, naik bot 11.30 pg kang, kul 7.30 pg kang kena shoot to Terminal Feri Tg. Gemok, Rompin dah laa...babaaaiiiiii

AYAM SOS HITAM BERAMPAI
Bahan:-
  • 1/2 ekor ayam - potong ikut suka
  • 2 sudu besar cili kering kisar
  • 1 labu bawang besar - dihiris
  • 3 ulas bawang putih - dicincang
  • 2 inci halia - dipotong nipis
  • 1 batang serai - diketuk
  • 3 sudu besar kicap pekat ABC (Heinz) - kicap ni mmg hitam pekat
  • 2 sudu besar kicap cair
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1/4 sudu kecil lada hitam yg dikisar
  • sedikit air
  • 5 urat kacang panjang - patah2kan 2 inci pjg.
  • 1/2 batang lobak merah - dipotong memanjang
  • 2 biji tomato - belah 4
  • 2 tangkai cili hijau/merah - dipotong serong
  • garam dan gula secukup rasa
Cara-Cara:-
  1. Ayam dibersih, ditos dan digaulkan dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng hingga ayam masak (jangan terlalu garing). Angkat dan ketepikan.
  2. Tinggalkan +- 3 sudu besar minyak yang sama, tumiskan bawang besar, bawang putih, halia dan serai hingga wangi.
  3. Masukkan kesemua sos, serbuk lada hitam dan sedikit air, gaul rata sekejap.
  4. Masukkan ayam, garam dan gula secukup rasa dan masak biar ayam bersalut mesra.
  5. Akhir sekali masukkan semua sayuran, cili dan tomato. Kacau sekejap jgn layu sangat.
  6. Angkat dan hidangkan.


13 comments:

  1. Salam Ummi....Seronok Tgk Semua Masakan Kat Sini.....Bilalah Kak Lin Dapat Rasa Agaknya Yer....

    ReplyDelete
  2. Salam morning friday kak ummi..wawaa pepagi dah ada resipi ayam, bess nihh..pstt dah naik tongkang ke?..moga selamat sampai ke Tioman yea..kak, serai tu ko titik ke atau lenyek dgn tayar kete, elok je terkangkang mcm tu..hahaha...

    ReplyDelete
  3. Salam Ummi...wah pagi lagi dah siap semua ya....siap masuk entry lagi...ooo nak gi jalan2 ke Tioman ya....have a nice weekend ya!

    ReplyDelete
  4. wah lepas makan2 besday, pas tu g cuti2 mesia plk... seronoknya... happy holiday ya.... eh! hadiah besday jugak ke?

    ReplyDelete
  5. nak torai ! nak torai hari ni insyaAllah ! thanx kak ummi ...

    slmt berhoneymoon ! ;p

    ReplyDelete
  6. salam ummi,selamat melancong ya..honeymoon yg ke berapa tu??hehe..rasanya nak torai gak buat ni hari ni tapi nak ganti dgn daging..ayam dah ilek..esok baru nak gi cekau..

    ReplyDelete
  7. salam kak ummi...sedapnya tengok ayam tu...nak sikitt...
    rajinnya akak..sempat lagi buat roti untuk bekal aiman...

    ReplyDelete
  8. terliur ar tgok..sok leh cuba


    http://izyantyshop.blogspot.com/2010/10/span-ajaib-merawat-masalah-kulit.html

    ReplyDelete
  9. wah ummi nak gi jejalan dengan hb yer..sempena ulang tahun ke 44 ker..tentu romantik kan

    ReplyDelete
  10. Salam K.Ummi,
    Uwaaa mcm berbulan madu lagilah kiranya....selamat bercuti kak...semoga selamat pergi dan selamat kembali.

    ReplyDelete
  11. sodap nya ayam kicap nih. peberet gak nih.. leleh ayaq lioq aihhh :)

    ReplyDelete
  12. Salam kak..
    sedapnya..kreatif..boleh cuba ni.
    kalau tak guna kicap ABC tu nk ganti dgn apa ye?

    ReplyDelete