Tuesday, August 10, 2010

Roti Tuna Sandwich

Okaayy lagi sebahagian kerja2 meroti yang membuatkan akak tdo jam 1 pagi hari Jumaat malam tu...Mat siap usik2 kita lg ada momoks Bukit Tinggi tu haaaa...teruk tau...dah la tinggal berdua je dgn Aiman...alaaa..Aiman x kesaaahhhh....heheee....Ni jadi hidangan jugak masa family adik2 dan my mom datang wiken baru nih.....Cilok resepi dari Mat Gebu sebab dia duk promote kata roti ni sedap sangat2..so akak buatlah...eyyyy mmg sedap uuuuu...my mom pun suka, rotinya pulak lembut gebuss bersarang2 tauuuuu...Tq la Mat oiiiii...nak buat lg rasanya...malas nak pikir, mmg ikut resepi filling pun dari Mat gak...heheee...Agenda kopipes lak seterusnya yea Mat..izin ek..

ROTI TUNA SANDWICH

BAHAN DOH :-)
  • 250 gram tepung roti (high protein flour)
  • 50 gram gula halus @ gula kastor
  • 1/2 camca teh garam halus
  • 10 g susu tepung (mat guna susu "everyday")
  • 1/4 camca teh bread improver
  • 1/4 camca teh bread softerner
  • 30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
  • 6 gram instant yeast
  • 20 gram mentega
  • 125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)

BAHAN INTI TUNA :-)
  • 1 camca besar mentega, dicairkan
  • 1 tin tuna, ditoskan biar kering, lecek hancur (akak guna Tuna Mild)
  • 2 1/2 camca besar Mayonnaise
  • 1 biji bawang besar, dadu kecil
  • 1 pokok daun bawang, hiris halus, asingkan sedikit untuk hiasan
  • 1 biji limau kasturi, perah jusnya (optional)
  • 1/2 camca teh lada hitam yang baru dikisar, asingkan sedikit untuk hiasan (*akak x tabur pun lada hitam, just masukkan dlm tuna jek)
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH :- Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).
  2. UNTUK ROLL TUNA SANDWICH :- Satukan semua bahan untuk inti tuna kecuali mentega, kacau rata. Ketepikan. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, tabur sedikit tepung pada meja kerja, dan canai menjadi 4 persegi. Sapu permukaan doh tadi dengan mentega cair rata2. Tuang inti tuna dan ratakan. Tinggalkan sedikit ruang di hujung doh. Gulung seperti swissroll dan ketatkan. Kemas kan bahagian kiri dan kanan gulungan doh dan kerat kepada 10 bahagian sama besar.
  3. Susun dalam paper cup jenis bersiaz 4 inci. Tekan sedikit biar rata. Buat hingga siap. Perap 45 minit hingga kembang. Sapu telur (baki dari 30 g tadi), tabut baki hirisan daun bawang dan lada hitam. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit atau hingga perang keemasan. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya....
tersangat sedap...!! 2 thumbs up..!

8 comments:

  1. salam kak ummi. sedapnya roti tuna sandwic! nak cikit!
    Selamat menyambut ramadhan al-mubarak utk kak ummi sekeluarga!

    ReplyDelete
  2. Selamat Menyambut Ramadhan kak...

    ReplyDelete
  3. Kita TAK NAMPAK gambar roti Ummi... TAK NAMPAKKK OKAY! Hahahaha...

    Selamat menyambut Ramadhan Mubaraq buat Ummi sekeluarga!

    ReplyDelete
  4. Ain -
    Mmg sedap pun..pasni pose x baik dah goda2 kan..hehehe

    Hazila -
    Selamat Menyambut Ramadhan al Mubarak jugak wat Hazila n suami..

    MamaFaMi -
    Hahahaa...terseksa mata ke Mama..ya laaa, kalau nampak pun buat2 x nampak okaayyyyy...hehee...Selamat Menyambut Ramadhan Bulan Baroqah jugak wat Mama..muaaahh

    ReplyDelete
  5. Selamat Berpuasa di bulan Ramadan buat kak Ummi sekeluarga. Ampun maaf dipinta sekiranya ada penulisan mengguris hati dan halalkan resepi2 akak yang saya dah cuba di dapur saya yer..

    ReplyDelete
  6. ummi... selamat menyambut ramadhan...

    ReplyDelete
  7. I translated your recipe and read it, although i couldn't understand few of the words, still your recipe looks very delicious.
    Please visit my blog when you have free time:
    http://tasteofpearlcity.blogspot.com/

    ReplyDelete
  8. adusss sedapnye roti tuna!!!!memang nampak bersarang2 gitew... nak dua sarang kak ummi!

    ReplyDelete