Friday, August 20, 2010

Nasi Goreng Pattaya - Kesukaan Aiman

Ni menu hari berbuka hari Rabu sebenarnya....cadangnya nak buat nasi lemak, tp tengok nasi masak subuh tu ada sikit lagi...cukuplah sekadar nak berbuka....lastnya hold dulu laa nasi lemak tu...buat hari khamis semalam. Bagitau Aiman x jadi la wat nasi lemak, kena goreng nasi....dia suh wat nasi goreng pattaya laaa pulak, favourite dia tuh...Kalau pergi makan kat mana2, kalau nak nasi, dia mesti order nasi ni.....So, nasi lemak punya entry nnt akak masuk later laaa...Petang ni pun nak balik rumah parents sebab Tok n Wan x sihat dan ada di rumah parents akak, jadi nak balik ziarah laa kan....lagipun akak pun x balik berbuka di kampung lagi..huhuuuu...So u ols layan dulu la nasi goreng pattaya Aiman x kesaaahhh ni yea.....tp nasinya akak goreng style akak la eh..pedas2 sikit...baru terangkat! hehe..

NASI GORENG PATTAYA (My Style)

Bahan:- (anggaran saja)
  • 3 mangkuk sedang nasi putih
  • 3 tangkai cili merah - ditumbuk
  • 4 tangkai cili padi - ditumbuk
  • 1 labu bawang besar - didadu
  • 3 ulas bawang putih - dicincang
  • 150 gm isi ayam - dipotong kecil2
  • 1 kiub pati ayam
  • 1/2 batang lobak merah - dihiris btg mancis
  • 6 - 8 urat kacang panjang
  • 2 sudu besar kicap pekat manis
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menggoreng nasi
Untuk telor dadar nipis:- (dpt 2 keping telor dadar nipis)
  • 4 biji telor
  • sedikit garam
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan yang ditumbuk hingga naik bau dan cili garing sikit dengan api sederhana.
  2. Masukkan isi ayam dan kiub pati ayam, kacau seketika.
  3. Masukkan kicap dan lobak merah. Kacau sebentar.
  4. Masukkan nasi dan kacau seketika biar rata.
  5. Masukkan garam dan serbuk lada sulah. Goreng nasi hingga rata dan nampak berasap.
  6. Tutup api dan ketepikan nasi.
  7. Panaskan non-stick pan dengan beberapa titis minyak masak dan tuangkan telor yang telah dipukul sikit - bahagikan untuk 2 keping dadar.
  8. Masak dengan api perlahan (tutup pan)
  9. Bila telor telah masak, tutup api dan sendukkan nasi goreng dalam ukuran mangkuk yg sesuai dan telangkupkan aje ke atas telor dadar dalam kuali td. Buat lipatan telor tepi telor menutupi nasi. Ambil pinggan sesuai dan tekapkan atas nasi yg dibungkus telor tadi dan telangkupkan/terbalikkan pan di tengah2 pinggan.
  10. Paipkan sos di atas telor dan hidangkan.


7 comments:

  1. rajinnye masak camni....leh cuba resepi ni nanti.thank's


    untuk perhatian semua...bermula kol 12- 5ptg nie nanti kat my blog ada 5 pkra aneh utk dikongsi bersama. harap dapat berkongsi ngan semua pembaca. TQ

    ReplyDelete
  2. salam kak ummi...ns goreng pattaya ni pun fav anak lelaki saya. setiap kali balik cuti mesti akan minta ns goreng ni. mintak kat kedai la.hehe

    ReplyDelete
  3. nasik pataya ni dah mcm lepat bungkus. kemas betul lipatan. mcm kena seterika. kikikiki..

    ReplyDelete
  4. Salam K.Ummi..saya kalau bab bungkus2 cenggini mmg hancus..silap silap blum makan dah berlambak..hu hu tangan takda seni...ni kira kemas gila hasil bunkusannya ini..cam lipat hadiah...sayang nak makan...

    ReplyDelete
  5. Mi, cantiklah Mi guntingkan telur pattaya tu... cam bow pulak bentuknya!

    ReplyDelete
  6. kakliza suka nak buat nasi goreng pattaya ni..
    tapi asben akka ant-telur..
    so kena masak nasi goreng yang tarak telur...

    ReplyDelete
  7. kak, mintak gmbr eh,, nak wat entry pasal nasi goreng pataya...sy kredit kat akak..

    ReplyDelete