Nampaknya seorang lagi geng blogger masak2 telah berjaya dihidu oleh sebuah majalah yang tak kurang femesnya. Walaupun dah ada seorang dua sahabat blogger yang telah meletakkan entry ini, akak ingin juga mengambil peluang yang sama. Tahniah diucapkan kepada Ros Jintan Manis, yang dah memang pun terkenal dengan kepakarannya mencipta pelbagai jenis roti di kalangan bloggers masak-masak ni kerana 13 jenis resepi roti/bun berbagai jenis telah disunting oleh majalah Mingguan Wanita untuk menghiasi ruangan Sajian Selera bagi edisi 1 Julai 2010. Teringat dalam sebulan dua yang lepas masa berYM dengan Ros, dia ada bg tau tengah sibuk sikit sebab ada projek dengan sebuah majalah...dan inilah dia hasilnya....
Ros, akak tumpang bangga dan turut teruja bila melihat apa yang terpampang di majalah tersebut...Semoga apa yang dikongsikan selama ini akan mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda kepada Ros atas keikhlasannya itu...Hendaknya selepas ini, akan bertambah-tambah lagi lah resepi-resepi baru yang akan dikongsikan oleh Ros dengan kita semua...Walaupun sekarang Ros sedang berada di hospital kerana sedikit masalah kesihatan berkaitan kehamilannya, diharap dengan berita gembira ini sedikit sebanyak menjadi ubat dan penawar buat Ros yang begitu rindukan anak-anaknya dan diminta berehat secukupnya sepanjang berada di hospital...Kami di sini sentiasa mendoakan Ros diberikan kesihatan yang baik jua dan dapat kembali bersama di alam maya ini. Sekali lagi dari akak dan juga teman-teman blogger di alam maya ini ingin menyatakan rasa bangga dan tahniah buat Ros!!!
salam kak ummi...
ReplyDeleteSeronokkan tgk geng masak2 kita menghiasai majalah2 di Malaysia...tapi yang penting majalah tu tak "CURI"...apa2 pun tahniah utk ROS..anda mmg layak,pic pun lawa2..i likeee...
Congrats.... :D
ReplyDeletetahniahhhhh! lepas nih arap2 k.ummi pulak! disunting dengan penuh sopan! sirih junjung 12 tingkat! hihi.. mampuih kang abg Nu igt org nk melamar bini dier.. ekekeke.. ai pong tak suka taw curik2 nih!! huH!
ReplyDeletewah tahniah kak ros!memula ingatkan resepi dia kena curik, rupanye ada pinangan yang sah!:)..tahniah2..thanks kak for the info!
ReplyDeletesalam kak ummi...bestnya tengok ramai blogger yg mula mendpt perhatian. tahniah juga utk ros atas penghargaan yg diterima. She deserved it!! pas ni turn akak pulak kot!
ReplyDeleteooo..kena beli majalah tu...
ReplyDeletesalam selamat pagi..
ReplyDeleteilah balik dari HKL apmnt dgn doktor ..nampak jer majalah ni terus je beli..buat kenangan...kwn2 blogger kita..terasa sgt dihargai..
salam kenal pn Ummi..Tahniah kepada kak ROS
ReplyDeletesalam kak ummi....tq sudi visit dyg. miss u! hrp2 akak sht n ceria selalu. dyg pun baru nk aktif balik di alam maya ni stlh sebulan bercuti..hehe.
ReplyDeleteTahniah juga buat ros atas penghargaan tersebut. semoga ros sht dan dipermudahkan segala urusannya...amin. nanti nak belilah majalah tu...dh lm gak termiss...hehe
Salam K.Ummi,
ReplyDeleteYatie pun rasa gembira dan berbangga dngn Ros...lepas ni giliran akak pula agaknya....aritu dah ada bayang2 Home Sweet Home....tak lama lagilah tu....mudah2an..
Salam kak..
ReplyDeleteTahniah utk ros! semoga cepat sembuh..
lepas ni turn home sweet home pulak..insyaallah.
tahniah kepada ros. laparnya tengok makanan pagi2 ni... anyway jom tukar2 link, i dah link urs
ReplyDeletehttp://sharinginfoz.blogspot.com/
Love pun tumpang happy kak Ummi! Mmg seronok geng kita! hehehe ;)
ReplyDeleteBought the magazine once Jiya announced it. Great effort ROS! :D
Seronok kan tgk org berjaya...
ReplyDeletetq for info k umie.... best nya tahniah k ros
ReplyDelete