Monday, May 17, 2010

Daging Hitam Berempah Madu

Salam Isnin...ingat nak letak entry ni malam tadi...tup-tup elektrik xda pulak hampir banyak tempat di sekitar Kuantan nih...pencawang kat Batu 4 Sg. Isap buat hal...so dari 8.30 mlm sampai 10.15 malam gitu xda elektrik...kira2 kitaorang dah buat satu sumbangan lg la untuk Earth Hour...hahaaa...terpaksa gitu!!! Tapi best gak, kitaorg anak beranak santai2 di bawah cahaya lilin, sembang-sembang n makan-makan ala2 candle light dinner la pulak..hahaa...Anak2 pun keluar macam2 citer, yg kelakor pun ada....bagus eh...mengeratkan silaturrahim gitu..hehe. Pastu ada elektrik dah lewat sangat, malas nak online...K, ni resepi hari sabtu punya lauk eh....masak cara akak laaa...tetapi satu rumah bagi pujian, betul nih! memang kena dgn tekak diaorg....ala-ala dendeng pun ada...tp xdalah nak kena menumbuk daging pulak. Apapun, mmg puashati, dpt pujian dari anak2 sebab diaorg makan licin...hehee


DAGING HITAM BEREMPAH MADU

Bahan:-
  • 500 gm daging batang pinang - dihiris nipis
  • 2 batang serai - diketuk
  • 1 inci halia - diketuk
  • air secukupnya
  • 2 sb. rempah kari daging
  • 1 sb. rempah kurma
  • 1 st. serbuk ketumbar
  • 4 sb. kicap pekat manis
  • 1 sb. serbuk cili kering (yg kasar2)
  • 1 sb. sos Honey BBQ Blackpepper (gambar di bawah/brand lain pn boleh)
  • 1 st. cuka
  • 3 sb. madu
  • 1 st. gula (optional)
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menumis
Bahan Tumbuk:-
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
Cara Memasak:-
  1. Daging direbus dengan air secukupnya dan masukkan serai dan halia yang diketuk. Rebus hingga empuk. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan tumbuk hingga wangi dengan api sederhana.
  3. Masukkan serbuk kari daging, serbuk kurma, serbuk cili kering, serbuk ketumbar dan serai yang direbus bersama daging tadi. Kacau sebentar.
  4. Masukkan daging dan kacau balik rata-rata.
  5. Tambah kicap pekat manis, cuka, sos honey BBQ, madu dan garam secukup rasa.
  6. Tambah sedikit air jika terlalu kering. Masak hingga rempah meresap dan naik berminyak.
  7. Seimbangkan rasa dan tutup api. Hidangkan dengan nasi putih atau nasi minyak. Selamat Mencuba!!!

Honey BBQ Black Pepper Sauce brand Ita

11 comments:

  1. salam, kak ummi... sungguh menggoda jiwa dan ragaku... dush!

    ReplyDelete
  2. kak... terliurnye sy... dh la pose arini...

    ReplyDelete
  3. haiishhhhh!! tak boley jadik neh! terliur dah berbaldi2 nih kak! tentu hamzah suker coz dier mmg peminat daging! nak wat lah! kene tambat lembu dulu malam niH!

    ReplyDelete
  4. seronokkan kak ummi, bila penat2 memasak, anak n hubby mkn sampai licin. dipuji2 lagi pulak tu!! makin semangat nak memasak!!!

    ReplyDelete
  5. Salam kak ummi! dtg bwk nasi jer niii, kita nk bwk balik daging itam itewwww tp akak ngelatlah kita tak de pun sos honey lada itam itewww huhuhu...nak tapau byk2 :D

    ReplyDelete
  6. salam k.ummi....lauk daging ni ada lebih lagi x kak. Kasi ler ct sikit nak merasa sgt dah ni..ekekeke.

    Harao k.ummi sihat2 lah ya :)

    ReplyDelete
  7. Relaa ke di"madu"..i relaaa...hahahaha, mati lah kena rebus hidup2!!!

    ReplyDelete
  8. salam k ummi,
    mendera nafsu betul tgk daging madu ni..kalau ada daging lagi dlm freezer nak buat la..thanks for sharing!:)

    ReplyDelete
  9. salam kak ummi...thanx jenguk2 jugak blog saya yg dah lama tak berupdate tuh...byk sawang..hehehe...itu menunjukkan saya dah lamaaaa sgt tak masak...bz memanjang...tak sempat jugak nak menjenugk member2 yg biasa dijenguk dulu...anyway smg kak ummi sihat n happpy selaly dan diberkatiNya..

    ReplyDelete
  10. kak ummi... nak mintak pun dah abes... mintak skodeng resipi je le ye... hehehe

    ReplyDelete
  11. SariYusa -
    Wkmsalam..dah tergoda eh..pi try cepat..hehe

    Atie -
    Hehe..pose? Ha, leh la masak ni..sedap nih!

    Hana -
    Hahaa..hamzah pnya pasal ko sampai beli lembu eh...suka hati ko la Hana.. ^__^

    Ain -
    Haha.. tu laa..tp pujian diaorang mmg ikhlas, tu pasal sampai jilat jari kot..

    Ika -
    Looor xda sos tu leh campur2 jek sos lada hitam + madu la rasanya..try dulu ek..sian Ika, nasib x pegnen...hehe

    CT Delima -
    Wkmsalam..alaa dah licin awal2 dah daging ni CT..nmpaknya CT kena masak sendiri la nnt..hehe..alhamdulillah, akak sihat2 jek..

    Mat Gebu -
    Ada orang x sayang molott nampak..mmg akak nak rebus ko n siap taruk rempah kari lgk baru sedap..

    TTM -
    Wkmsalam..hehee, kena pi cari daging lah Tim..sedap pada tekak kitaorg anak beranak nih! Boleh adjust ikut tekak ya..

    Dr Ezura -
    Wkmsalam Ezura..haha, xpa akak masuk td dah sapu2 sikit sawang rumah Ezura tu..faham sangat dgn kerjaya doktor ni Ezura..xpa lah, kalau rajin leh update kan..keep in touch k.!

    Rishazalia -
    Haaa, tau xpa..nk skodeng resepi jek..tahan ke? Baik pi masak, sekejap jek siap tu..

    ReplyDelete