CHOCOLATE BREAD CAKE
Sumber : Chef Khoo See Yew of DIY Home Bread & Rinnchan
BAHAN A :
- 300gm high protein flour
- 5gm susu tepung
- 3gm bread improver
- 10gm serbuk koko
BAHAN B :
- 50gm gula castor
- 1/2 tsp garam halus
- 1/2 biji telur
- 180gm air sejuk
- 7.5gm yis segera
- 1/2 tsp choc emulco
BAHAN C :
- 15gm butter
- 15gm shortening
ADUNAN KEK :
- 2 butir telur gred A
- 150gm sponge mix perisa vanilla
- 30gm air
- 2.5gm esen pandan
- 60gm minyak jagung/minyak masak
**Putar kesemua bahan adunan kek dengan kelajuan tinggi selama 8 minit sehingga kembang dan gebu.
- Dalam mangkuk pengadun, campurkan semua Bahan A. Gaul seketika.
- Masukkan semua Bahan B ke dalam Bahan A. Adun sehingga menjadi doh. Masukkan Bahan C dan terus putar hingga menjadi doh yang lembut dan elastik. Boleh uli guna tangan atau bread maker.
- Bulatkan doh, tutup dengan plastik dan perap selama 30 minit.
- Tumbuk doh untuk membuang udara. Bahagikan doh kepada dua bahagian.
- Gelek leper dan gulung pada dua bahagian yang bertentangan.
- Lengserkan dengan butter 2 tin loaf berukuran 4" x 4" x 6". Masukkan satu doh yang telah digulung tadi. Biarkan doh naik dua kali ganda.
- Tuang adunan kek ke atas doh roti yang telah kembang tadi.
- Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 25min - 30min. Menerusi eksperimen ini telah berlaku satu kejadian yang tak disangka.
Nota Rinn yg akak x copy n baca...hehee..elok wat peringatan!!
Seperti arahan, Rinn dah bahagikan doh kepada dua bahagian. Setelah doh diperap, digelek, digulung dan dimasukkan ke dalam loaf tin, doh Rinn telah naik sepenuh-penuh tin. Jadi, dah tak ada ruang untuk dituang adunan kek. Termanggu gak sekejap. Mungkin sebab tin loaf Rinn tu tak cukup tinggi. Cuma 4" tinggi . Chef punya tin, 6" tinggi. Nak tak nak terpaksalah Rinn keluarkan semula doh dari kedua-dua tin tu dan uli lagi sekali pada kuantiti yang kurang daripada tadi. Hmmmm.... mujur doh tak merajuk walaupun terpaksa diperap sekali lagi. Elok dia naik separuh tin loaf. Bolehlah dituangkan adunan kek. Lebihan doh yang tinggal Rinn bulat-bulatkan. Buat bun coklat inti coklat chips. Tak pasal-pasal jadi dua jenis hidangan. Adunan kek pulak macam tak cukup. Macam sikit pulak. Rinn rasa kalau digandakan adunan kek pun ok gak. Adunan roti tu boleh dapat untuk 3 - 4 tin loaf. Agak-agaklah ya...kepada yang sudi nak mencubalah..
oh tidak...saya memang suka ini roti kek..gambo sokmo mengancam ketenteraman nafsu makanku..ooouu..kak ummiiii
ReplyDeleteWah, resepi yang mencabar ni... nantilah senang senang kita cuba. Ini nak bernafas pun rasa tak sempat...
ReplyDeletekakummi, satu adunan doh roti ni leh dapat 2 loaf, kan?
ReplyDeletenampak mengancam roti kek ni, mmg suka...
salam kak ummi,
ReplyDeletetakpe kak. yang penting tetap ia gebu dan lembut,kan? hu,nampak sedapnya roti ni kak..dah macam kek.
kak, saya kopipes resipi nasi goreng jagung. thanks a lot kak..
salam kak ummi...emmm sedapnya chocolate bread kek tu...ima pun suka, selalu gak beli kat kedai...klu rajin bolehlah cuba buat sendiri pulak ye...hehehe
ReplyDeleteMacam manalah nak diet ni....godaan ada di mana2....nak kena enroll the Biggest loser dah agaknya!!
ReplyDeleteIzahdaut -
ReplyDeleteHehee..sori lah kalau terancam tekak yaaa...bawak2 lah meroti, sedap tuh! Hehe..
MamaFami -
Hehee..tgh bernafas dalam lumpur ke Ma? Xpa, nnt Ummi pun nk try semula, adjust doh roti tu, boleh dpt 3 or 4 loaf sebenarnya..
Azita -
Aah kalau ikutkan tips Rinn tuh mmg leh dapat 3 or 4 loaf..Roti tu mmg sungguh naik Ita..so be careful, biar ada ruang naik yg lebih..hehee
Indahhouse -
Aah kalau byk adunan kek x meletus keluar rasanya lg best..huhuu..sayang jek melimpah keluar! Oiih nak wat nasi goreng jagung eh..silakan, nak sikit nnt yaa..hehe
Ima -
wkmsalam..ha, lepas ni xyah la beli yg kedai tuh..wat sendiri lg puashati n confirm halal eh..kisah dulu2 beli tu lupakan..hehee
Watie -
Hehe..xyah la nk diet2 dah..rasa x turun2 jarum dacing tuh..asyik move forward jek..ekekee